Layar Ini

Dalam layar ini,
lakonku bertukar nahkoda,
tariku bertukar geraknya,
laguku bertukar irama.

Mencari mutiara di laut dalam,
sambil menguak tak mahu tenggelam,
elak ampai-ampai berbisa,
yang hanya cantik dipandang mata.

Sakit juga meredah tujuh lautan,
dengan si bajak laut yang tinggal di hutan,
sekali-sekala serang bahtera,
hampir ranap, ku bina semula,
terus biar hembus udara,
bawaku kembali ke tanah rata.

Kerdil ini masih mencari,
merentas lalang, menelusur sungai,
menitik darah, luka di kaki,
dikhabar minda, usahlah peduli,
nanti sakit kan hilang sendiri.

Aku,
buat apa tegak berdiri,
kalau tahu esok kan pasti.

-Amri, 22 Julai 2011, 6.06petang


One Response to “Layar Ini”

  1. waremon says:

    apa jadi pada hari esok?

Leave a Reply

See also: