define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Apprentice - Pagi Hari di Durham

Apprentice

Aku sedang follow Apprentice UK sekarang ni. This is probably a repeat story but well:

Dulu, way way back, rasanya waktu aku kat USM, aku pernah jugak download Apprentice UK. Maklumlah, agak fanatik dengan Apprentice yang Donald Trump punya. Tapi serious, aku tengok baru dalam berapa minit Apprentice UK, aku stop sebab aku tak faham.

Itu sebab kadang-kadang aku impressed bila aku dengar orang-orang Malaysia follow UK punya tv show. Sebab bagi aku, dalam persekitaran Malaysia yang tak sebut macam orang-orang UK, meskipun nama saja guna British English, tapi masih dapat faham dan enjoy British TV. Aku ~ kalau tengok Harry Potter zaman dulu, mesti tengok subtitle. Sekarang ~ dah okay kot.

Oh, talking about Harry Potter, yang hari tu punya movie pun tak tengok lagi. Nantilah download, pastu tengok kat rumah; lepas tu marathon gi tengok yang final movie punya. Well, to be honest, aku taklah excited sangat pun. Tapi mainstream movie memang selalu aku layan.

Okeh, this is not a repeat story:

Sejak dua tiga minggu lepas, aku dok menonton Apprentice UK dengan Hasnol. Tidak dengan Hafidz sebab dia dok hangout kat rumah sedara dia. Yang bestnya tengok dengan Hasnol ialah kerana kitorang sangat over mengkritik. Well, of courselah talking is easier than doing it; tapi seronok share insight. Hasnol pulak bukan jenis yang akan agree memudah.

Well, probably I can’t do generalisation, tapi Hafidz pun macam itu. Diorang tak mudah-mudah nak terima sesuatu pendapat. Diorang akan nilai, dan pertikaikan. Awal-awal dulu, Hafidz selalu jugak macam nak bidas aku punya sesuatu statement. Tapi lelama, dia okay lah sebab dia tahu aku kengkadang just talk without thinking.

Anyway, back to Apprentice; ada seorang perempuan cina ini yang aku suka dalam itu. Hasnol tak suka. Oh, aku suka perempuan cina tu sebab dia macam innocent-innocent dan selalu bawak keluar statement yang US-equivalent as dumb blond. Well, for me it’s not an insult. As I like her :P Yer, yer, aku agak enjoy watak-watak perempuan gedik. Oops.

BUT, tahu tak cerita Pretty Little Liars. Ternampak commercial dia kat 8tv ari tu kat Malaysia so dah download. Jangan spoil!!! Aku baru tengok sampai episod 20 season 1. Oh, aku suka perwatakan Spencer. Sangat tough cookie. {monolog dalaman fan: Amri ni suka perempuan gedik atau perempuan bersemangat waja?}

Maka berbalik kepada cerita Apprentice, aku dan Hasnol akan berbincang panjang fasal kesilapan yang peserta-peserta ni buat dan kitorang akan come out dengan idea. Dan kengkadang akan berlanjutan sampai ke hari esok. Hence ada seorang kawan aku cakap begini… well, ini kawan aku lah yang cakap, bukan aku yang cakap. Dia cakap, dia nampak pattern berbeza dalam komunikasi lelaki dan perempuan. Sebab kalau perempuan sesama perempuan, bila berjumpa, mahu bergosip dan korek cerita fasal orang lain. Bila dia mingle dengan aku dan Hasnol, kitorang akan melompat dari topik fasal bahasa, budaya etc; dan jarang sekali hendak bergosip fasal orang lain.

Itu dia kata, bukan aku kata. Nak kata innocent sampai tak bercakap tentang orang lain itu ~ er.. tak lah kot. Tapi kalau jumpa gu dia, memang kitorang akan bercakap fasal topik-topik lelain. Well, at least kalau dengan kawan-kawan sini; dapatlah topik bervariasi sikit. Kalau balik Malaysia aku penat. Jumpa orang ini cakap politik. Jumpa kawan cakap politik. Jumpa pak cik cakap politik. Cer cakap fasal lain sikit.

Kecuali kawan aku seorang ini, Muzaini, sebab dia buat accounting dan ada kaitan-kaitan sikit dengan perbankan Islam (sebenarnya tak berapa pasti apa dia buat, keke); kalau balik Malaysia, kadang-kadang dia akan beri pencerahan fasal perbankan Islam. Hari itu Hasnol balik dari summer school. Hasnol buat islamic finance. So, dia cakap dia tidak minat akan satu topik yang dibincang ini. Aku tanyalah apa; dan dia bajet aku akan put off terus lah bila dia cakap. Lepas tu dia cakap fasal satu konsep islamic finance ~ ba’inah atau dalam Wikipedia ~ Bai’ al inah. Aku takde kapasiti untuk bercakap fasal ni, so oleh kerana tidak mahu menyesatkan; just nak bagitahu yang ~ yeah, we had a good talk about it. Sempat Hasnol tauk sedikit terma-terma put option dan call option. Aku pun saja-saja konon nak rasa best sikit, cakap yang aku tahu dan campak sikit terma Black Scholes model.

Keke. Hasnol impressed sikit. Padahal sebenarnya dah lupa dah. Dulu waktu kat Brunel, satu paper aku ialah Stochastic and Mathematical Finance, so pernah la belajar. Tapi biasalah, belajar tanpa amal, umpama pohon tak berbuah. Sekadar nampak sajalah pohon itu dekat sijil. Tapi manalah tahu ada rezeki mendatang, boleh revisit. Who knows? Kan.

Oh ya. Pokok penulisan kali ini sebenarnya nak kasi tahu yang aku baru tengok Apprentice UK, tapi kali ini tengok sorang-sorang (sob sob) sebab Hasnol kat Brunei sekarang ini.

Hm.. aku.. kalau tetiba terasa hendak merapu, hendak bercakap fasal Apprentice, masuk sekali Harry Potters, Pretty Little Liars, Islamic finance, bainah, Black Scholes. Keke.

Anyway…


6 Responses to “Apprentice”

  1. sayaaa says:

    r u coming fr alumni kmpp event ?
    http://alumnikmpp.blogspot.com/

  2. WaReMoN says:

    dah 4x “Anyway…” ni :D

  3. Amri says:

    Fariz, semangat hang kira! Hehe

    sayaaa, not this time. Ajaklah lagi tahun depan, boleh saya dan Fariz pergi sekali.

  4. Arabella says:

    hari tu saya terbaca status Tony Fernandes akan ada Apprentince Asia..macam menarik!

  5. WaReMoN says:

    ada Alumni?? ada kesempatan bleh p ni :D

  6. WaReMoN says:

    Oh yea, aku teringat pasai Ba’inah ni. Baru2 ni Bank Islam antar surat kata tukar konsep kad kredit dari Ba’inah ke Tawarruq.

Leave a Reply

See also: