define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Anyway - Pagi Hari di Durham

Anyway

Sekarang ini selalu bermain game Tap Zoo dekat phone. So, kadang-kadang akan buka dan mengumpul duit. Jarang-jarang sekali main Angry Birds, dan cuba untuk tidak bermain game yang bernama Drop7. Game Drop7 ini ialah puzzle game, seangkatan dengan tetris lebih kurang. Sangat addictive. Sangat tidak sihat kerana sekali bermain, 15 minit berlalu begitu sahaja. Kadang-kadang bermain sebelum tidur, sampai satu jam pulak tak tido-tido lagi.

Itu namanya tak sihat.

Oh, @amribytheminute punya twitter sudah aku delete. Malas. Well, aku tidaklah sangat enthusiastic tentang twitter ni. Mungkin juga sebab interface, tapi aku ada sedikit masalah jiwa. Bila nampak simbol ‘(1)’ sama ada di Twitter, Facebook mahupun Yahoo Mail, yang menandakan ada satu tweet baru, satu notification baru atau satu email baru (respectively); aku akan rasa tidak dapat duduk diam dan mahu menekan. Lepas itu baru rasa lega.

Itu sebab kadang-kadang aku suruh Mahadi hantar apa-apa yang penting ke email, sebab kalau benda itu belum buat, aku akan tanda sebagai unread. Kalau kat FB, aku selalu lupa.

Sekarang ini kembali menonton Friends. Dulu waktu kat Brunel, aku dah download semua season, tapi dek kerana bagi pinjam kat kawan, dia bagi hilang beberapa dvd yang aku burn. Sekarang repeat balik dari Season 1, dah nak masuk Season 2. Aku, Mahadi, Kam dan Amalina selalu berseloroh yang merujuk pada aksi-aksi dari Friends.

Sempat berdebat hari itu dengan Iskandar sama ada Friends lebih best atau How I Met Your Mother lebih best. Well, Iskandar stick dengan HIMYM, tapi aku tetap dengan Friends. Aku suka konsep Friends yang one episode tuh, dia ada mula, tengah, dan ending. So, lepas habis episod, boleh meneruskan kehidupan seharian. But I’m from the older generation here. Mungkinlah muda-mudi zaman sekarang suka HIMYM. But well, sense of humour is depending age and period of time. Dalam sepuluh tahun lagi, adalah yang lain lebih best dan semasa.

Fariz, ini adalah klip dari first episode Friends. Sila tengok.

Takleh nak embed pulak. So klik sini

“The word you looking for is….”


2 Responses to “Anyway”

  1. WaReMoN says:

    “Anyway…”

    Cesss, ingatkan ang nak tunjuk apa. haha~

Leave a Reply

See also: