define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Research Day - Pagi Hari di Durham

Research Day

Maka hari ini terlewat bangun. Kenapa alarm tak dengar???

Terkocoh-kocoh ke masjid untuk solat Jumaat. Semendang terkocoh. Adakah yang pergi dengan tenang?

Lepas itu balik ke rumah. Sarapan tengah hari dengan pisang dan kemudian rehearse sedikit untuk presentation. Oh, salah kronologi tu. Bali rumah dan tengok video Never Say Never Malay Version yang telah diconvert. Lepas itu baru rehearse. Presentation time dalam pukul 3.30pm. 2.30 masih elok lagi di rumah.

Sekali harung saja rehearse sebab malas. Boleh? Sebab malas.

Baru perasan yang patutnya tambah ini dan itu dalam slide tetapi tidak buat kerana malas. Well, research day ni macam mini-conference. Tidaklah ada kapasiti untuk make sure dapat skor PhD tapi sebagai researcher, perkongsian ilmu ialah wadah percambahan ilmu itu sendiri.

Maka pukul 3, lepas dah sikat rambut dan terasa confident dengan rambut hari ini (p.s: rambut jer konfiden, slide entah ke mana), aku pun pergi.

Sempat jumpa Syukri yang datang ke Research Day. Aku sangat respek Syukri for that thing. Kalau aku dulu… well.. kalau aku sekarang, asal event akademik; malas nak pergi. Haish, macam mana nak jadi researcher/academician nih?

So aku pun pergi dan tetiba waktu sesi nak bermula, diorang bercakap fasal scoring. Eh, bila masa pulak ada presentation kena judge??
Sampai turn aku, aku pun belasah jer lah. Aku punya slide dek kerana kemalasan, tak berapa ada bullet point pun. Sebabnya copy masuk gambar rasanya lebih mudah. So aku pun present dan tak banyak membaca. Nampak lah pensyarah-pensyarah bermuka garang agak tersenyum. So okaylah. Good sign.

Lepas tu dapat compliment sikit.

Sekali waktu closing, tup-tup aku dapat Best Post Graduate Presentation, which is so unreal! (Alhamdulillah)

Unreal sebab aku ala-ala pergi macam main-main,tetiba dapat award dan hadiah (yang tak perlu disebutkan apa dia untuk mengelakkan orang-orang rapat minta membelanja, oops). Rezeki lah tu.

Tetiba waktu nak turun, dia tanya; so boleh tak nak ke Liverpool?

Buat apa?

Untuk present benda nih. Aku like ~ what??

Disebabkan transportation dan hotel ditanggung, rugilah kalau melepas ke Liverpool untuk berseronok-seronok, eh tak, untuk present research aku. So, aku pun cakap ya.

Short notice. So Selasa ni akan berada di Liverpool. Wooohooo. Alhamdulillah.

That was unreal. Tetiba jer kan.
271540_10150661267515317_511745316_19198248_4496719_o


5 Responses to “Research Day”

  1. tulip says:

    sikat rambut? wah ;D

  2. Arabella says:

    congrats Amri!

  3. kNur says:

    Wow!

    Congrats Lutfi. You have presented many papers in many places. And this is seriously wow.

  4. WaReMoN says:

    whuuuuttt~~ p Liverpool plakk

  5. nurul says:

    waww..cool

    tahniah amri!!

Leave a Reply

See also: