Liverpool

Dalam kereta api balik ke Durham.

Kekenyangan sebab baru makan briyani kat satu kedai Indian/Pakistani dekat dengan hotel yang aku duduk. Sebenarnya kalau tunggu sampai pukul 2 petang, boleh makan all-you-can-eat buffet kat kedai lagi satu, tapi lambat sangat pulak nak sampai pukul 2. Malas nak menunggu.

Tadi pagi sempatlah pusing-pusing sikit Liverpool.

Banyak muzium. Tapi biasalah. Tak berapa ada hati nak melawat muzium. Cuma ada Tate Museum kat Liverpool. Tate Modern kat London (yang aku tak pernah masuk), aku tahu galeri seni moden. Tadi masuk bahagian free ja, but quite nice. At least, seni-seni moden ni aku rasa menarik sikit. Kalau masuk galeri lukisan, serius aku tak reti nak tengok apa. Itu sebab masuk Le Louvre kat Paris (yang ada gambar Monalisa), tak reti nak appreciate. Masuk pun sebab student under 26 boleh masuk free, kalau tak, tak kelapaq nak bayar.

Oh, presentation semalam. Ada 6 orang present. Aku dapat nombor 3. Which is okay lah. Cuma yang tak best sebab no 2 dapat hadiah, no 3 tak dapat hadiah. Sekadar menyedapkan hati jer lah.

Geram jugak sebab aku tak smooth macam minggu lepas. Gelabah sikit sebab judges duduk betul betul depan mata. But my dad taught me of ‘there’s no what if’. So, what if I could calm myself down? What if I rehearsed a bit more. Meh, I wouldn’t care (or at least trying not to, and doing it well, fyi).

So yeah. I take 3rd place. Kira, kalau dalam American Idol, kira selamat lah, tak masuk bottom 3. Keke.

Uh, I seriously haven’t been travelling for quite some time. Eh, tak, balik Malaysia bulan 5 hari tu.

Tapi memang penat la travelling. Walaupun hotel yang aku duduk itu agak nice, tapi rasa bilik aku yang kelabung itu lebih nice. Ah, sudah dapat sindrom orang-orang tua! Tak suka duduk tempat yang bukan rumah sendiri!

But that’s true. I mean, I’m not like when I was early 20′s. Mahu jump jump kalau sampai sesuatu tempat.

Sekarang ni, mahu duduk-duduk minum kopi sa-ha-ja. Lepas tu tengok orang lalu lalang (sambil bergosipan dalam hati).

Anyhow.

liverpool2

Dalam Tate Liverpool. Meja besar.

liverpool1

Dekat Albert Dock. Nice gak area sini, tapi berangin. Lupa lak bawak jaket


8 Responses to “Liverpool”

  1. WaReMoN says:

    nice exposure

  2. Amri says:

    Yup, it was sunny, my skin got a nice sun exposure

  3. huda says:

    “Ah, sudah dapat sindrom orang-orang tua!’

    like that statement……

  4. Kak ZBZ says:

    Ada conference ke jugak di Liverpool tu? Ngapa perlu present kat sana?

  5. Amri says:

    Kak Zarina, dia macam ada pertandingan anjuran IET (The Institute of Engineering and Technology), so basically kira wakil lah.

  6. WaReMoN says:

    eh tak, aku maksudkan gmbr #2 tu. exposure sensor sgt baik, semua part nmpk :D

  7. Amri says:

    Fariz, aku tahulah… just gedik-gedik punya joke jah..

  8. WaReMoN says:

    loo yeke~~ a bit slow :(

Leave a Reply

See also: