Gambar Lari

Waktu kat Leeds, kitorang duduk rumah kawan Syukri yang bernama Sam. Tapi kitorang hang out sesama kitorang saja since dah sampai pun dah pukul 10 malam. Tapi sempat jugalah bersembang sikit-sikit dengan Sam.

Waktu nak balik, kitorang sempat makan kat Charco’s, iaitu restoran yang menyerupai Nandos, tapi pengusaha dia orang Islam UK lah. Standardlah sini, banyak jugak kedai-kedai makanan segera macam Dixy Chicken dan Chicken Cottage yang mana dia sebagai alternatif kepada KFC sebab kat sini KFC tak halal kan.

Anyway.

Waktu nak masuk kedai tu, lepas kitorang bergambar depan library Leeds Uni, dia tanya aku, ‘itu abang kau kah?’ merujuk kepada Hasnol.

Aku sengih ja. Aku cakap tak. Tapi agak excited sedikit sebab dia assume aku Bruneian. Ya lah, dah dididik oleh si Hasnol pula.

Keke.

Lepas berapa lama, bila diorang bersembang fasal tempat asal, baru dia tersedar yang aku Malaysian. Hehe.

Anyway.. Yes, mana Hafidz? (since dia tiba-tiba hilang dari penceritaan dalam blog)

Dia pergi rumah sedara dia kat Newcastle. So takde sini.

Picture time!

DSC07866

Sebelum bermula. Hujan okeh. So time orang warm up, kitorang dok berteduh kat bangunan kat belakang tuh. Lebat gak. Well, kira standard UK punya hujan kira lebat la.

lari1

Oh berlarilah.. Boleh nampak hujan renyai-renyai time nih. Well, apa boleh buat, mata memang mengesan kamera yang ada … :P

20x30-DADF1279

Sudah pon dapat komen dari kawan aku Ainor yang ala-ala berlarian dengan mak cik – mak cik. One thing yang aku ingat, once dah lari, dah tak peduli orang lain dah. But honestly, aku maybe bergerak ke arah jalan yang nampak ada kameraman, supaya gambar boleh dishot.

20x30-DADL0650

Anyway, gambar lari lagi. Oh, kronologi salah ni. Ni patut gambar ni dulu sebab ada botol air. Salah besar jugak bawak botol air sambil berlari sebab walaupun tak terasa berat, tapi tangan terus lenguh lepas berlari. Macam effect main Wii Sports – main baseball. Tapi nasib baik sempat recover, dapatlah drive balik dengan senang hati.

256628_10150649406440317_511745316_19109166_2574103_o

Gambar selepas sampai di garisan penamat. Happy.

Anyway, dah rasa bersemangat untuk join lagi 10k next time. :)


5 Responses to “Gambar Lari”

  1. Bro.. Seriously sangat kagum. 10k?? @_@
    dengar pun dah penat.

    *perlu sangat kan berlari arah camera tu?*

  2. Amri says:

    Thanks Sophie. Ala.. actually kalau ada keinginan boleh ja try. Tengok banyak jer mak cik – mak cik yang join pun. Kita yang memuda ni lagi la okay kan?

    *perlu sangat kan berlari arah camera tu?*
    >>> PERLU… :P

  3. WaReMoN says:

    marathon ni x semestinya kena lari all the time kan, kalu penat bleh jalan kejap.

  4. Amri says:

    Ha ah

  5. Eetnayrah says:

    berlarilahhh… hehe

Leave a Reply

See also: