define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Anyway… - Pagi Hari di Durham

Anyway…

[Well, this is a di-suatu-sudut-yang-sepi kind of entry. So behold!]

Sedikit terasa sekarang ini.

Mungkin juga aku tidak sepatutnya menulis di sini.

Tapi.. malas mahu peduli.

Aku sedikit sayu. Tidaklah sedih. Tidaklah rasa mahu menangis. Hidup saja seperti hari-hari biasa. Cuma rasa tidak best. Iskandar sudah balik hari Sabtu.

Dan hari ini Hafidz pula turun London. Dan kemudian akan balik ke Brunei.

Harap jumpa lagi dalam 3 bulan, lepas habis cuti. Tapi, kalau ada rezeki aku habis dalam 3 bulan ini, aku lagi lega. Tapi semua ini ketidakpastian. Yang pasti, aku rasa sayu akan kemungkinan yang aku tidak dapat lagi hang out dengan Hafidz.

Aku selalu marah Hafidz. Sebab tidak buang sampah walau aku suruh berulang kali.

Tapi itu big bro to younger bro.

Jadi, bila dia balik, wajar saja aku rasa tak best.

Tak apalah.

Sempat pula bersembang sekejap dengan Lorenza, budak Erasmus Italy. Memang kadang-kadang aku lepak dengan dia dan beberapa lagi budak Erasmus. Oh ya, jangan tidak tahu, aku dan dia adalah pasangan kekasih. Ya, kan kamu sudah lihat dia dan aku pernah lepak bersama. Ini menyindir. Kalau kamu ambil serius, apa aku peduli.

Lorenza, Pierre dan beberapa lagi rakan-rakan Erasmus aku juga bakal pulang. Dan ini for good. Jadi aku rasa tambah sayu sedikit lagi.

Itu sahaja.

Maka bila tiba-tiba ada orang yang aku hormat, tinggalkan komen suruh aku cari bini, biar hilang rasa sunyi di hati; aku benar-benar terasa.

Hati ini rasa sayu kerana sahabat-sahabatku pulang ke negara masing-masing, kenapa itu pula jadi persoalan. Kalau aku berbini sekali pun, aku masih lagi sedih jika berpisah dengan sahabat.

Buat aku tiba-tiba rindu emak.

Aku anak emak.

Waktu zaman KMPP dan USM, aku balik rumah setiap satu dua minggu. Saja, rasa selesa duduk di bawah ketiak ibunda. Yalah, kalau aku gembira, aku cerita padanya. Kalau sedih pun aku cerita padanya juga.

Bila habis KMPP, aku balik rumah dan aku rasa sunyi. Sebab sudah biasa ada kawan-kawan, tiba-tiba seorang di sini.

Apa emak buat?

Dia biar saja. Atau dia suruh keluar rumah buat apa-apa yang aku mahu. Kerana dia tahu time heals.

Dan aku mahu orang lain juga buat seperti emak.

Bila aku sunyi-sunyi begini, biar sahaja aku lega sendiri.

Bukan pulun suruh aku cari bini.


6 Responses to “Anyway…”

  1. mahir says:

    *sedang baca dan menyorok di belakang tiang*

  2. Arabella says:

    faham perasaan begini sbb pernah mengalami..
    saya pulak balik rumah setiap minggu.

  3. Mach says:

    disuatu sudut lain-”adakah lepas ni akan kembali mengecal aku seperti dulu setelah ketiadaan mereka???”

  4. Amri says:

    Ah keji!!

    Jawapan: Tentulah!

  5. WaReMoN says:

    He he, aku sekali setiap 2 minggu :D

  6. blubell says:

    Ah, bukan kau tak mengerti sosiobudaya masyarakat Melayu Malaysia yang gemar bergurau hal-hal berat sedemikian. Ya! mengecal. haha.berjujur benar Mach dan Waremon.

Leave a Reply

See also: