define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Love is in the air: revealed - Pagi Hari di Durham

Love is in the air: revealed

Wah.. tajuk!

Haha.

20 Feb 2008, dalam 3 tahun yang lepas, aku diberi misi kejiwangan, untuk menghantar bear Hello Kitty pada seorang budak perempuan. Sila baca ceritanya di sini, yang mana korang-korang yang dah baca kelmarin, takyahlah dah baca (kecuali kalau nak buat revision).

Harus.. kawan-kawan aku buat spekulasi ~ yang aku yang bagi hadiah tapi ala-ala cover.

Boleh la…

Well, you should know me by now (or you don’t but what the heck), kalau aku sendiri yang bagi hadiah DAN aku nak cerita di blog, haruslah aku dah ceritakan dengan penuh bangganya sebab ala-ala romantik, tapi I’m pretty secretive (at least on the blog or so not close friend) when it comes to my own relationship story. Takdelah nak tulis-tulis kat blog. Paling lebih-lebih pun tujukan lagu atau kalau ngada-ngada nyanyi lagu dedikasi tapi senyap-senyap jer kat fangirls tak bagitau yang tu lagu dedikasi. Oops.. Keke.

Anyway… my self absorbance is dominating the other story.. like usual.

Maka aku tanyalah tuan empunya diri. Sama ada diorang bagi bagitau atau tak, dan setelah dapat kebenaran..

[Sambung kat bawah]

… mereka itu ialah Mahadi dan Elly!!

Ha ah. Mahadi – kawan aku yang appear dalam Grenade tuh. Er.. should actually say Mahadi – kawan aku kat Dundee tuh; but anyway..

Waktu tu Mahadi kat Dundee, buat Masters dia, dan aku kat USM sekejap sementara nak tunggu sambung study lagi. So dia call aku dan memberikan instruction, aku dan sidekick aku pada waktu tu ~ Pidin, pun terus ke BJ untuk membeli dan seterusnya jadi delivery guy.

Tapi itulah… yang sedikit fail pura-pura jadi delivery guy sebab cakap ‘nanti bila saya sampai saya miscall, turun bawah yek’

Aku dah lupa jugak cerita ni sampailah waktu Pidin dan Anis kat Dundee hari tu. Tetiba cerita tu dibangkitkan balik. Sebab Pidin taklah rapat dengan Mahadi, well actually diorang tak pernah hang out sekali pon waktu kat USM dulu; tapi rupa-rupanya dalam in the making of Mahadi and Elly’s love story; Pidin pun terlibat – jadi driver untuk hadiah Hello Kitty itu. Hehe.

Dek kerana aku menawarkan servis extra, hadiah tu diberi dan dirakam dalam video okeh! Hari tu kitorang tengok balik dan gelak-gelak tengok Pidin versi lebih muda dan Anis point out aku serabai giler.. Of courselah reaksi surprise Elly yang paling best (macam romantic version of punk’d). Mahadi, make sure hang simpan copy video tu dalam Youtube, tapi set sebagai private lah. Nanti esok-esok boleh tunjuk kat anak hang bila besar.

[Komen terhadap keserabaian: serabai jer sekarang ni pun, tapi yang boh gambar dalam internet, tak la serabai]

Sambung balik..

Mahadi tak kasi la tahu orang lain la pada waktu tu.Tapi Zakia, junior debat aku tertahu dek kerana dia browse browse aku punya picture dalam folder My Pictures beberapa hari lepas aku bagi hadiah tu.  Zakia pulak kenal Elly sebab sama Kelana Siswa USM.

So Achik, Kak Dijah dan Huda yang tinggalkan komen 3 tahun lepas; that’s the story revealed :)


8 Responses to “Love is in the air: revealed”

  1. kak dijah yang menghilang says:

    Hahahahaha.termakbul doa akak kan..akak tulis kat komen dulu : semoga kisah cinta berjaya..kusangka kisah cinta u ols,rupanya kisah chenta he ols..hehehe. :)

  2. Amri says:

    Ha ah, saya pun ada baca balik, I went like ‘hehe, doa makbul’

  3. huda says:

    haha…..ni kira kes nak membantu orang bina masjid la ni…memang duk sangka am yang love in the air dah…logik la…kalau yg sendiri mesti tak cite kan….tapi agak-agak la kan kalau kita orang browse-browse banyak kali agak-agak boleh tertahu tak??? hihihihi kot kot la kan ada unsur selitan

  4. mahir says:

    dah mcm buku cerita gituh

  5. Achik says:

    owh…cenggitu rupanya….
    Achik pun leh jadi “delivery girl” kat Malaysia nie kl Am nak suruh Achik deliver hadiah kat mana2 gadis2 kat Malaysia nih…hehehe…tp mungkin Am terus hantar rombongan Mak Ayah ke rumah gadis Am…Achik dan sekalian pergi kenduri jerla….hehehe

  6. Amri says:

    Hehe {gelak no komen}

  7. WaReMoN says:

    nuff said

  8. tulip says:

    kuatnya jodoh diorang =)

Leave a Reply

See also: