define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); It’s like equator - Pagi Hari di Durham

It’s like equator

For a while, it will be.

Lepas DST diadjust (secara automatik di phone dan laptop, tapi tidak di Nintendo 3DS! Apakah?), sekarang terbit mentari dalam dekat 7 pagi, terbenam pukul 7.30. Well, just for a week or two. Lepas tu, masa summer sudah tiba. Siang yang panjang dan malam yang makin pendek. Maksudnya ~ kalau orang yang tidur secara normal sebelum ini pun, mereka-mereka itu akan join aku yang tidur di siang hari. Keke.

Well, Mahir, nanti waktu kamu datang UK, matahari terbit dalam pukul 6, terbenam pukul 8. Hah, bangun pagi terus boleh jalan dan round area Oxford Street sampai lewat.

Uh, I’m loving it. Itu sebab aku rasa bebudak undergrad agak rugi. Sebab summer, diorang balik Malaysia, dan tak dapat nak feel summer kat UK. Well, obviously Malaysia is great for its weather, tapi kalau setakat duduk kat UK pada waktu autumn ~ dah mula nak sejuk, pastu winter ~ yang dah conform beku ~ dan spring, yang ada la bebunga sikit-sikit; maka tak dapat lah nak rasa UK at its best ~ which is summer. Well, sebenarnya summer waktu mak ayah aku datang dulu pun agak sejuk, tapi at least, oklah. Time nilah ala-ala mahu pakai sleeveless. Mahu cakap fasal eye candy di jalanan tapi tidak mahu nampak gatal. Ooops, tercakap sudah. Keke. (Ini teknik menggatal tapi mahu nampak innocent namanya, ala-ala cross pun kerana kononnya ala-ala innocent).

Oh, tapi kengkadang aku gelak jugak iklan kat tv. Dek kerana summer nak datang, mulalah keluar iklan untuk memanipulasi orang-orang sini supaya mahu menguruskan badan dek kerana society pressure untuk pakai nipis-nipis di kala summer. Sila lihat iklan Cornflakes Special K di sini. Ala-ala kalau makan Special K, boleh kurus laa kan??

Oh, aku ada tips mudah untuk kuruskan badan. Baca dengan nada iklan:-

Mahu kuruskan badan? Buatlah PhD di UK! Tiada kedai mamak, makan luar yang mahal dan tidur yang tidak cukup pasti membuatkan badan anda kurus! Daftarlah sekarang dan lihat kesannya dalam hanya 6 bulan!

Anyway…


2 Responses to “It’s like equator”

  1. mahir says:

    pukul 6 matahari dah terpacak ke? fuuuu @_@
    oh boleh la bawa bj nipis2 eh.. oh-ho

  2. tips tu: kena plus bujang la. teheheee..

Leave a Reply

See also: