define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Vitamin K - Pagi Hari di Durham

Vitamin K

Batuk dan selsema. Masih belum lega. Well, it’s always like this. Selsema ambil masa sikit untuk lega. So just bear with it ~

Hari tu waktu Solat Jumaat pun, ada juga orang lain yang tidak sihat. Musim nih. And I  guess for such a poor defence system I have, I got it quite easily.

Teringat pula waktu aku Darjah 6, sebulan sekali mesti aku demam. Dan tak pergi sekolah. Cikgu Latifah, cikgu BM darjah 6 aku cakap, ‘kamu ni kurang Vitamin K’. Apakah Vitamin K. ‘K = kasih sayang’. Sentap.

Sebab waktu Darjah 6, setengah tahun pertama aku duduk dengan tok aku (bersama keluarga wa, kak cik (sepupu) dan kak caq (sepupu jugak) semuanya dalam rumah yang sama). Mak dan ayah aku kat Perak waktu tu (Felda Gunung Besout). Sebab ayah aku nak pencen bulan 6, dan taknak aku affected study, so aku pindah awal lah ke Kedah.

See, Halim. Kalau ikut kad pengenalan, aku ’08′ which means Perak sebenarnya. Aku duduk Perak 11 tahun (dari kecik sampai darjah 5), Kedah hanya dari Darjah 6 sampai Form 5 (6 tahun). Pastu study Penang, tapi balik cuti Kedah lah. Nak kata aku orang Kedah tu ~ as in courtesy la kot – sebab ala-ala usia teenage dream banyak dispent di Kedah kan.

Ooh, bor-lay jwu-gar nark mer-nga-ku ow-rang U.K ser-bab suy-dah di sini ser-lar-ma em-part tar-huwn? LOL. Sayn-tarp!

:P

So yeah. That was the story of Vitamin K. Walaupun tetiba teringat cerita kawan-kawan aku yang tak puas hati sebab kalau aku tak datang sekolah dan bagitau kata demam, cikgu percaya dan beri simpati. Diorang cakap kalau diorang tak datang sekolah dan beri alasan yang sama, kena sindir dengan cikgu. Cikgu-cikgu sekalian yang sedang membaca, silalah treat anak murid anda dengan adil dan saksama. Sila beri kasih sayang kepada anak-anak murid emas anda yang comel itu dengan lebih sembunyi supaya tidak menimbulkan jeles pada murid-murid lain.

Pilih juga anak-anak murid emas yang tidak kepochi yang tidak menghebahkan ‘teacher pergi belanja Pizza Hut tadi’ apabila mereka dibelanja :P

Haha.

Soh seh soh seh.

Oh, tersuka lagu Grenade lepas tengok performance kat American Idol. Mahadi, ini suka versi asal, bukan versi Glee (sebab Glee tak cover pon lagu ni). Sekarang ini sedang menyanyi bersama-sama dalam suara sexy dek kerana selsema sambil menghayati lirik. “Yes, I would die for you, baby; But you won’t do the same”

Ciao


One Response to “Vitamin K”

  1. junior math ko yang best says:

    mendambakan kasih sayang cikgu ko tuh…

    *kl pompuan laaa

Leave a Reply

See also: