define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Higher - Pagi Hari di Durham

Higher

The Saturdays – Higher

Ini adalah lagu yang aku suka sekarang nih. Kat gym selalunya diorang pasang Metro Radio, so banyaklah lelagu pop UK yang keluar. This is one of them. Yang aku dengar ialah version takde Flo-rida.

Sekarang ni sedang gatal tangan mahu membeli android. Kalau aku memang lama lagi di sini, memang aku dah amik iphone sebab ada contract dan bayar bulan-bulan. Tapi dek kerana sedang target untuk habiskan akhir tahun ini (insyaAllah), tak nak sambung contract. Nampak ada juga android phone yang di bawah kemampuan.

Bukan apa, aku punya current Sony Ericsson(K660i) suka juga buat hal. Tetiba tup, terpadam sendiri. Dia selalu buat macam tu kalau tetiba ada incoming call. Hari tu kat London pun macam tu waktu Faizal nak call aku. Apalah.

Baik Sony EricssonĀ  merah (W660i, as seen in Belum Ku Temu : The music video). Yang tu dah guna lama dah. Alhamdulillah still okey.

Tambahan lagi, contract yang aku guna sekarang (contract, istilah sini, istilah Malaysia kita panggil postpaid plan kot); aku ada allowance internet untuk 2GB, so tidak memaksimumkan penggunaan tersebut dengan current phone. Dah beberapa lama mahu android phone sampai tadi termimpi-mimpi, so, okaylah untuk pergi beli esok.

Oh, jumping to different story;

semalam Abang Amir puji kasut aku nampak nice (perlulah bershare bagai di sini kan??) Sebenarnya 2-3 hari lepas pon ada orang puji kasut nampak nice jugak. One thing about me ~ aku tidak peduli sangat kasut. Seriously. Aku kurang dapat bezakan kasut mana lebih nice dari kasut mana.

But well. Kasut tu aku beli murah jugak. Nike 15 pounds kat Dundee. 15 pounds tu kira dalam RM70-80 la. The thing is, ada kedai kasut bernama Sports Direct nih yang dia ada jual kasut-kasut penghabisan stok dengan harga yang murah. So, tak lah perlu spend mahal on shoes (well, I MIND. I mind less on spending on jacket unfortunately)

I don’t have great sense in fashion, honestly.

Tapi aku teringat list of friends which is great of going out shopping with:-

{Oleh kerana atas sebab privacy, maka nama-nama di bawah ditukar.}

Safi dan Imah: shoes! Macam ari tu, they got good sense of which shoes look better

Adiey and Fidz: shopping buddy yang setia. Diorang tak kisah kalau aku menerai baju ini dan itu.

Kak Tulip: guilt-free shopping. Take what you want if it looks good!

Toadette: I used to get her opinion on jacket.

but this one is the best

My USM friend: ringgit-saver. Aku nampak sales kat tingkat bawah Bukit Jambul. And he goes like, kalau tak bercadang nak beli, toksah pergi tengok! That’s a good one! :P


2 Responses to “Higher”

  1. kNur says:

    Wow!

    Nak kawan la ngan Kak Tulip tuh, seswai dibawa ke TJ Hugh. Hahaha.

  2. Amri says:

    Silalah. Dia sangat cool

Leave a Reply

See also: