define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Gurindam benci - Pagi Hari di Durham

Gurindam benci

I

Kamu kata kamu percaya aku,
tapi lafaz itu kamu mahu aku jawab berulang kali,
sedang si dia yang aku cinta pun tidak pinta begitu.
Kamu ini siapa??

II

Dalam samar-samar senja,
kau kirim suratmu dibawa camar,
Dalam gelap malam,
kau berbisik di ruang angkasa.
Ku pura-pura dungu,
seperti anggapan aku suci yang terpahat di jiwamu.
Aku dah langkah terlebih dahulu.
Camarku sudah merentas beribu batu.
Laluan kamu itu sudah basi buatku.
Ku diam kerna ku tidak mahu membunuh camarmu.

III

Dalam hening pagi,
kau sampaikan salam melalui angin.
Kamu,
masih buat aku rasa begitu.

IV

Teman kata usah mengata,
Maka ini kataku,
Kamu,
bukan kamu itu sombong orangnya,
bukan kamu itu tidak reti berbahasa,
bukan kamu itu punya lagak tidak kena tempatnya,
tapi,
aku ini suka dibelai dipuja,
aku ini suka dihibur jenaka,
aku ini suka penurut setia,
maka,
biar saja kita berdayung di lain laut,
berhenti di lain muara,
biar cinta bertaut,
tapi bukan antara kita.

V

Gunung itu ku daki,
Tersadung berulang kali,
Kamu diam tidak peduli.
Gunung itu aku turuni,
Tersadung berulang kali,
kenapa mahu kau tolak lagi?
Lebih baik aku punya dia yang tawa bersama, sunyi sendiri
dari kamu yang ku tawa sendiri
dan bila sunyi, tawa kau beri.

VI

Kalau dia kau benci,
kalau kau dia benci,
usah buat aku mahu dia dan kau pergi mati.

VII

Senyum,
kalau dari dalam hatimu sendiri penuh harap palsu
menipu dirimu sendiri dan cuba menipu aku,
usah marah jika aku tidak membalas senyumku padamu.

Tapi kamu yang lain,
senyum itu,
biar terhalang benteng pemisah,
biar gelap malam melindung pandangan,
walau tidak tampak di nyata mata,
akan ku kata yang aku tahu,
yang itu bukanlah palsu.
Senyum,
jika itu dari hati yang murni,
mampulah aku balas kembali,
jika tidak,
sila rujuk ‘ai-vi’*

Amri, 5.13 pagi, 7 Februari 2011

*ai-vi=IV


6 Responses to “Gurindam benci”

  1. bukan pingu yang jeles says:

    Kalau dia kau benci,
    kalau kau dia benci,
    usah buat aku mahu dia dan kau pergi mati.
    SENTAP!

  2. mahir says:

    waalupun saya tak berapa faham..tapi feel sindiran serta kebencian itu ada. *tetiba mcm ada lagu background sedang berbunyi2..lagu rahsia*

  3. mahu jadi kamu yang lain.

    Senyum ikhlas tak palsu. =) =) =)
    cukup ikhlas tak?

    anyway, chill bro!!!

    (walaupun tak pasti ni betul-betul Gurindam Benci atau lirik lagu.huhu)

  4. Dini says:

    WOW, just WOW.

    i dont get part of it, but i kinda get it? haha if that counts.

  5. SIAPAKAH YANG COBA MENJADI BUKAN KU???

  6. Amalina says:

    takleh speculate ni, ho

Leave a Reply

See also: