Zodiac

Sila skip entri ini jika tidak berminat tentang zodiac.
Dengar-dengar juga fasal perubahan Zodiac. Dan dua tiga orang yang aku bersembang sudah pun buat declaration yang diorang zodiac ini instead of zodiac itu. Ceritanya begini, seorang ahli astronomi, Parke Kunkle membuat kenyataan yang tarikh zodiac yang dirujuk pada masa kini tidak bertepatan dengan bintang yang dilihat. Maka dia nyatakan zodiac terkini yang katanya lebih tepat.

Capricorn January 20- to February 16
Aquarius February 16 to March 11
Pisces March 11 to April 18.
Aries April 18 to May 13
Taurus May 13 to June 21.
Gemini June 21 to July 20
Cancer July 20 to August 10
Leo August 10 to September 16
Virgo September 16 to October 30
Libra October 30 to November 23
Scorpio November 23 to November 29
Ophiuchus November 29 to December 17
Sagittarius December 17 to January 20

Two things about Zodiac for me! Bagi aku, pengetahuan berkenaan zodiac ini penting atas hal astrologi. Fasal bila bintang-bintang tertentu boleh dinampak dari bumi etc. Aku pun tak reti sangat nak describe. Second, aku tidak peduli fasal sifat manusia berdasarkan zodiac mahupun nasib mereka dek kerana itu. Bagi aku ~ taburan sifat manusia lebih rawak dan bukannya menumpu hanya kerana lahir pada bulan yang sama.

Isu perubahan zodiac di atas seperti chaotic juga di negara barat. Terutamanya bagi yang percaya psychic dan juga yang dah rasa dia berperangai sedemikian rupa kerana dia ada zodiac tertentu.

Maka aku bacalah lebih lagi. Mahu tahu, what’s the deal sebenarnya. Kenapa tiba-tiba baru hendak berubah sedangkan ilmu astronomi sudah pun lama.

Maka aku akan rujukĀ  petikan ini iaitu Sidereal Astrology dan Tropic Astrology dari Wikipedia. Walaupun Wikipedia bukanlah source yang jitu untuk quote sesuatu, tapi disebabkan ini sekadar basic idea sahaja, boleh la kan.

Aku quote dari Wikipedia

The difference between sidereal and tropical astrology is in the opinion whether the system as defined by Ptolemy in the 2nd century should be fixed to the seasons, i.e. the orientation of the Earth relative to the solar system, or to the background stars, i.e. the orientation of the Earth relative to the galaxy. Tropical astrology chooses the former, sidereal astrology the latter option. Both systems coincide for times close to the historical definition of the Zodiac…

Maka dari itu, timbullah dua definisi yang berbeza. Satu, tropical astrology yang merujuk orientasi bumi secara relatif dengan sistem solar. Yang sidereal astrology pula mahu rujuk orientasi bumi secara relatif dengan galaxy. Jadi zodiac yang popular di Malaysia yang kita selalu rujuk itu sebenarnya tropical astrology yang memang digunakan secara meluas di barat. Manakala yang baru ini disebut itu ialah sidereal astrology yang ada 13 signs of Zodiac kesemuanya.

Maka, adakah zodiak anda berubah?

Melalui pembacaan aku di website yang lain, rata-ratanya katakan tidak. Dan aku bersetuju.

Kalau kita masih lagi merujuk pada tropical astrology, zodiak kita masih sama seperti yang kita tahu dahulu.
Kalau kita merujuk pada sidereal astrology, zodiak kita mungkin berubah sedikit. Tapi ini tidak bermakna memang terus berubah. Got me? Or not?

Neither is wrong!

Seperti kalendar juga. Ada juga orang buat perbandingan antara kalendar Masihi dan Hijriah dan kata Hijriah lebih tepat dari Masihi. Dua-dua lain sebab berasaskan lain cara pengiraan. Masihi ~ bumi mengelilingi matahari dan Hijriah ~ bulan mengelilingi bumi. Two of them compliment each other. Kalau nak lihat perubahan musim, lihat kalendar Masihi. Kalau hendak lihat perubahan bulan (bulan penuh, anak bulan, etc), kena lihat kalendar Hijriah.

Neither is wrong.

So, same with the zodiac. Tapi dek kerana bagi orang Marhaen macam kita yang tak reti pun nak guna zodiak kecuali kalau tetiba terintai dan terkhurafat percaya nasib yang tertulis di surat khabar atau majalah; sepatutnya taklah risau sangat zodiak apa pun kita.

So, I’m a Virgo for tropic and Leo for sidereal. Not bad eh.

And Taylor Swift is Ophiuchus for sidereal! Hehe.


One Response to “Zodiac”

  1. WaReMoN says:

    ah yes, aku dlm zodiac yg sama mcm ang

Leave a Reply

See also: