Reminiscing first year undergrad

Why reminisce old memories?

Because the current one isn’t that exciting. How could waking up and doing nothing sounds like?

So here it goes:-

Lift

“Pressing it multiple times wont make it any quicker!” Aku cakap kat Mahadi itu hari waktu di Dundee. Sebentar tadi share dengan Hafidz cerita lama. Waktu aku di Tekun. Aku sebilik dengan Mahadi selama satu semester. Pastu kat Tekun ada lift.
(Peringatan, sila jangan tiru tindakan yang akan disebutkan ini, terima kasih).

Lift Tekun sangat luas, dan juga laju. So, kadang-kadang bila lift tu mula nak bergerak ke bawah, kitorang akan melompat. Ala-ala hendak feel melompat tinggi. Ataupun bila lift itu bergerak ke atas, sebaik sahaja sebelum berhenti, sementara inersia masih ada, kitorang akan melompat. Juga terasa hampir mencecah bumbung.

BTW, aku ketika itu dalam 52kg. Mahadi kurang dari aku. So, taklah jahanam lift tu walau jadi tempat kitorang melompat

Phone

Tahukah anda RM10 zaman dahulu? RM10 ketika aku buat undergrad dulu besar juga nilainya. Dan mesej mahal. 20 puluh sen. Call apatah lagi.

Waktu first year, aku guna Celcom. Dan Mahadi guna Maxis.

Oleh kerana kitorang hendak menjimatkan kredit, kitorang create code seperti berikut.

Miscall sekali: Jika tiba-tiba ternampak di jalanan dan mahu menegur. Instead of calling and saying ‘weh, pusing belakang’, kalau tetiba di miscall, kitorang akan pusing kepala merata alam mencari kalau-kalau pihak yang lagi satu di persekitaran.

Miscall dua kali: Jika mahu ajak makan.

Miscall balas satu kali: Jika ya.
Miscall balas dua kali: Jika tidak, atau sudah makan.

Kalau ya, barulah hantar mesej beritahu hendak ke mana.

Ada juga kod untuk miscall tiga kali, tapi aku dah lupa maksudnya.

Uh, zaman-zaman nak jimat kredit. Sekarang, sudah sebuak ada allowance minutes untuk guna (sebab guna postpaid) yang biasanya digunakan ketika menunggu bas, atau bersembang sambil berjalan ke rumah.

Lord of The Rings

Maka dengan penuh semangat, aku dan Mahadi hendak menonton Lord of The Rings 3 pada hari premiere. Tapi conformlah penuh. So, kitorang beli tiket midnight (start pukul 12 malam camtu) kat Kompleks Bukit Jambul (sekarang bebudak USM main Queensbay jer, ye tak?).

So, lepas aku bagitau Naz yang aku nak tengok Lord of The Rings 3, barulah aku tahu yang rupanya cerita dia bersambung-sambung. Mana aku tahu. Ingatkan macam Terminator 2, tak tengok Terminator 1 pun boleh tengok. So Naz datang bilik aku pukul 10malam, Mahadi tengah tido waktu tu sebab tengah buat persediaan untuk midnight. Naz pun berikan sinopsis cerita sebagai preparation untuk aku tengok Lord of The Rings.

Pada malam itu juga aku baru sedar kenapa time aku tengok Lord of The Rings 2, aku tak faham; sebab tak tengok yang first rupanya.

Tapi aku lega jugak tak tengok 1st. Kalau terminat lebih-lebih, penatnya nak tunggu sampai filem ketiga.

Oh, Harry Potter baru pon aku tak tengok lagi. Nak tunggu bila final movie dia nanti dah nak keluar time summer, baru aku nak tengok yang Part I nih.

That’s it, ciao.


5 Responses to “Reminiscing first year undergrad”

  1. rdniika says:

    haha fasal miskol tuh, Dini pun masih buat jgk skrang! nak save kedit la katakan. hehe.

  2. tak tau lak sy lift kat tekun laju.. nak try la lps nih.. =)
    da de queensbay,bdk2 usm cm pndg kecik je kat bukit jambul tu…

  3. tulip says:

    nasib baik la tak ada cctc dlm lift tu

  4. Amri says:

    Nadia, silalah pergi try.

    Tulip, kalau ada cctv, tentu sopan kitorang kat dalam tu.keke

  5. Mahadi says:

    well, one of the good old days…

Leave a Reply

See also: