Madu

Sambil minum teh, aku call mak aku. Cerita pada dia yang aku baru masak ayam masak pedas pukul 3 pagi.

Sembang ini sembang itu. Aku tanya dia sihat ke tak. Dia cakap dia baru lepas menyangkul. Alhamdulillah. Kira okey lah tu. Last year, aku balik kerap juga, dalam setiap 3 bulan sekali sebab mak aku tak berapa sihat (kak aku kata waktu dia kat Sibu dulu pun balik setahun sekali ja, tapi waktu tu takdak AirAsia). Even waktu tu, ayah aku memasak.

But now, kinda nicelah dengar yang dia siap menyangkul.

Aku tanya dia amik ubat Healin gamat atau tak. Sebab aku berpendapat dia ada improvement bila dia amik ubat tu. Dia kata, dia dok makan madu.

Dia suruh aku makan madu.

Aku mengiyakan sambil hirup air teh. Aku memang kurang gemar bebenda manis nih hence why I do not fancy durian that much. Kalau durian yang kurang manis, lagi aku suka dari durian yang manis melecaih.

So, tengah mak aku berbual fasal madu, dia cakap, ‘adik makanlah madu, penyanyi pun makan madu nak bagi sedap suara’. SENTAP! Sentap sebab mak aku guna argument itu untuk suruh aku makan madu. Dia cerita fasal interview hari itu kat TV3 dengan Francesca Peter, dan Fran bagitau yang dia ambil madu untuk menjaga suara.

Erk..

Oh, yeah. My fam still call me ‘adik’, so what? Aku masih lagi perasan macho regardless of that….. {sambil berlari ke sudut sepi kerana malu}.

But yeah.

Anyway..

Aku belikan tiket train untuk Faizal dan Mirza. BTW, dek kerana aku bercerita ini, kepada orang lain, sila jangan minta aku tolong belikan. Well, you can, tapi aku caj servis sebanyak 15%. And I’m not kidding!

Melompat sekejap. Dahulu, ada juga aku tolong orang with their assignment. Malaslah nak ambil duit. So, I said, ‘nanti belanja aku makan, dahlah’. Somehow, people keep interpreting it as a joke. Why is that? I am usually serious when I say that. Tak percaya, tanya rakan-rakan rapat aku.

Okay, back to the ticket!

Somehow aku rasa harga tiket train sangat mahal! Aku carikan tiket pada diorang dari Durham ke Dundee, tapi giler mahal. Nak ke Dundee dari Durham ni, route dia adalah seperti berikut.

Durham->Newcastle->Edinburgh->Dundee.

Biasanya ada train straight dari Newcastle ke Dundee. Ataupun kena tukar di Edinburgh.

Bila aku search harga tiket dari Durham terus ke Dundee= mahal.

Newcastle -> Dundee, still mahal.

Last-last aku search separate. Newcastle->Edinburgh. Dan Edinburgh-> Dundee. Baru aku dapat jumpa yang murah sikit.

Samalah dari Durham nak ke London Stansted. Sebab diorang akan balik, naik balik dari London Stansted.

Perjalanan dia adalah seperti berikut.

Route1: Durham->Peterborough->London Stansted ATAU
Route 2: Durham->London Kings Cross->London Stansted

Route 1 sangat mahal.
Last-last aku beli tiket dari Darlington->London Kings Cross. Darlington satu stesen selepas Durham. Yang ni baru dapat murah dalam 29pounds untuk 2 orang.

Uh, anyway..

Tricky gak nak naik train kat UK nih.

Okeh, ciao.

Oh, tambahan, tadi timbang berat sebelum makan, 59.2kg. Happy happy! Kena keep it up!


8 Responses to “Madu”

  1. mahir says:

    deng! baru nak minta tolong. mcm tetau je apa yang saya pikirkan dan dapat jawapan dari sini

  2. Amri says:

    Huahuahua
    {gelak jahat… eh, gelak Halim}

  3. WaReMoN says:

    mantap gile mak ang. dia berjaya tickle your sensitive bud :D

  4. mahir says:

    tak pe..saya xkisah belanja org. janji org tu available! so boleh minta tolong?? :p

    *gurau2 ja*

  5. Amalina says:

    15% surcharge. so Lutfi

    Malam ni aku sleepover rumah Na dan boleh bermain2 dengan adik Ammar. Sila jealous secepat mungkin

  6. Bro Amri!!! Ringannya berat bro (adik.hahaha…) . Untuk lelaki agak ringan lah tu. Ish3.. duduk sane tak cukup makan ke apa.

    btw terpaksa bukak peta untuk check route tuh. -_-”

  7. Amri says:

    Sophie. Susah ooo nak tambah berat. Ini kira improvement nih! Biasanya 57kg camtu jah. Kalau pergi jalan2, conform jatuh balik nih

Leave a Reply

See also: