Gegambar di London

Memula, baru saja buat page ‘House Bills’ yang telah di private passwordkan. Sila tidak perlu cecurious mahu tahu apa kandungannya. Sekadar bil-bil rumah yang aku dan Hafidz bayar, saja letak di blog supaya sama-sama aku dan Hafidz mudah hendak rujuk. Itu saja.

Faizal dan Mirza sekarang dalam perjalanan ke Paris.

I’m back in Durham. Woohooo. {Lebih excited berada di Durham daripada berjalanan di London sebab otak asyik memikirkan hal-hal berkaitan study.. dan bills}

Picture time!

fm-buckingham

Tempat wajib lawat di London. Nanti kang, kata sampai London, tak sampai Buckingham Palace pulak. Padahal Istana Negara pun tak pernah pergi lagi.

fm-building

Some building.

fm-nampak

Ini tangkap guna timer, letak atas somewhere. Tetiba ada helikopter tentera (yang ada kipas depan belakang tuh) melintas. Itu sebab kitorang tetiba memandang ke atas dengan penuh excited as opposed to pandangan ke atas kerana vain.

fm-gossip

Sementara menunggu Aziz M Osman untuk start talks. I wonder what I was telling Mirza.

fm-aziz

Bergambar dengan Aziz M Osman dan Lofa. Ahem, diapit Aziz M Osman dan Lofa lagik. Keke :P

fm-tower-bridge

Aku nak gi Tower Bridge, tapi salah turun kat stesen London Bridge pulak. Cuma yang nicenya ialah dapat lalu kawasan-kawasan yang agak best. Masuk open market yang macam ala-ala pasar basah. Ni bergambar kat depan Tower Bridge.

fm-yadim

Semalam, sebelum balik, ada sesi ramah mesra dengan Yadim, diorang buat kat Malaysian Hall. Ari tu waktu Aziz M Osman datang dah ada makan free, so semalam makan free lagik. Giler banyak chance makan free kat Malaysian Hall. Tapi first time la camni, dulu takde pon waktu aku datang.


7 Responses to “Gegambar di London”

  1. WaWa says:

    wow. lama tak menjengah ke sini. tengok gambar2 di uk, terus terasa rindu hendak balik ke sana. damn!

  2. WaReMoN says:

    wah, Mirza dah semakin gebu

  3. Jelesnyeee jalan-jalan kat oberseas.. T_T

    Bro, ni nak report ni kat bro..

    http://www.youtube.com/watch?v=Su5rjG87pkU&feature=player_embedded#

    check this out! mungkin penciplak. But if it is ok to you then it’s ok. Tapi rasa macam “ekelehhhhh betull!!”

  4. owh no, too bad i found another one.

    http://www.youtube.com/watch?v=8AsNipziDaM&feature=related

    positive side: you’re getting famous. =) =) =)

    negative side : plagiarism.

    etc: maybe bro dah lama tahu ada orang macam ni kot.

  5. Amri says:

    Cheers for the info, Sophie.
    Never mind about that, I don’t care that much:)

  6. WaReMoN says:

    Pergh, aku dah tgk video clip tu. copy direct dari video clip ang :D

  7. Eetnayrah says:

    bru lepas tgk video tuh. haish.. kesian xde idea nk glamer,lepastu main ciplak pula. *emo jap*

Leave a Reply

See also: