define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Game - Pagi Hari di Durham

Game

Berjalan balik dari department. Tetiba terjumpa Sam di simpang jalan dekat New Inn. Sam – ex-housemates aku dulu. Dia baru ja lulus viva dia sebelum Krismas hari itu. Kiranya sudah berpangkat Dr la sekarang. Nice. I’m being honest, I kinda fancy the culture here. Walaupun dah ada Dr, tapi jarang-jarang sekali diorang akan memanggil satu sama lain dengan Dr. Maka, sila buat begitu kalau rezeki aku sampai nanti. Teruskan memanggil dengan apa yang korang biasa panggil. Pangkat dek kerana budaya seperti ‘abang’ itu tidak apalah.

Panggilah ‘Bro’ jika korang tidak rapat. Sebab ‘abang’ ini seperti ada konotasi menggedik sedikit.

Apakah?

Anyway…

Sempat sembang-sembang dengan Sam dan plan akan buat lagi game night di masa akan datang. Sam minat main game dan dia sangat kompetitif. Walaupun takleh lawan Zeah lah dari semangat main game. Pernah satu ketika aku main game Literati dengan Zeah (ini cerita perulangan, I’m pretty sure I’ve told this before. Literati ini seperti Scrabble) kat YM. Waktu tu dah lewat dah. And being me, aku tidak kasi chance pada Zeah; plus there’s no need to be gentleman in this case; aku menang beberapa kali berturut-turut.

Zeah sangat tidak puas hati dan esoknya dia beritahu yang dia tidak boleh tidur malam itu kerana dia tidak menang. See the spirit! Keke.

Kemudian bila kitorang dengar lagu Have You Ever yang dicover oleh Westlife, lirik dia berbunyi begini.

“Have you ever love somebody so hard it makes you cry….” okay..

“Have you ever needed something so bad you can’t sleep at night” —> “YES” Zeah akan menjawab, dan merujuk kepada ketidakbolehtidurannya disebabkan nak menang pada malam itu.

Sekarang ini aku dok rajin main Call of Duty: Black Ops dengan Hafidz. Main deathmatch lawan orang lain melalui internet. Biasanya kalau aku dah berjaya membunuh dalam angka yang memuaskan, aku akan berhenti main sebab kalau tidak, akan rasa tidak puas hati dan akan terus main lagi.

Sekarang tengah memujuk Hafidz untuk share beli game Street Fighter. Nak beli guna duit sendiri boleh ja, tapi kalau boleh share dan menjimatkan duit sendiri, lagi baik :D

Oh, bilalah agaknya Pokepark nak jatuh murah nih? Mahal berabis.


3 Responses to “Game”

  1. PhiQueRahimSipengunjungsetiakalaini says:

    Whoah. Berabis? Ini bahasa negara jiran yang dekat di hati!

  2. zeah says:

    heeyy… whats that suppose to mean?… hahaha… ko memang kejam sebab tak beri aku menang… tapi kalau aku menang sebab kau kasik chance pun tak boleh jugak sebab aku mesti menang cara jujur…hehehe… and i still have the spirit tak boleh kalah…. hahahaha….

  3. Amalina the sanguiness says:

    Aku sokong ko Zeah..spirit power

Leave a Reply

See also: