Dari London, kemanakan kau mahu belayar?

Eceh (juga menciplak style Pingu Toha), tajuk guna Bahasa Brunei.

Kawan aku yang bernama Faizal mahu datang UK akhir bulan ini, jadi; aku buat entri ini untuk dia, juga pada sesiapa lain yang mungkin hendak bercuti di UK.

Disebabkan konsep penerbangan murah ini memang popular di UK, UK boleh jadi hub yang baik untuk buat eksplorasi ke negara Eropah lain. Maka dalam bahagian ini aku akan sarankan beberapa tempat yang boleh dilawati dan bajet kasar untuk itu.

First, kalau sampai di London melalui AirAsia, akan mendarat di London Stansted. Sebenarnya kalau tanak buang duit datang balik London Stansted, boleh saja terus ke tempat lain dari sini kerana London Stansted ialah hub penerbangan murah.

Masuk Easyjet atau RyanAir, dan pergi semak harga.

Banyak lokasi yang boleh dilawati. Tapi biasalah, kalau Malaysian, bila sampai UK mesti rasa nak lawat Paris. Tak best pun Paris tuh. Sebabnya Paris ini sesak macam London jugak. Adalah muzium ini dan muzium itu. Kalau tidak minat macam aku ini ~ rasa biasa saja, masuk tengok gambar Monalisa pun tak teruja. Tapi, dek kerana Menara Eiffel itu seperti tugu cinta remaja-remaja muda (gituh!), pergilah melawat dan tangkap-tangkap gambar.

Dari London, return ticket patutnya boleh dapat dalam 50 pounds. Tapi ini takde dari Stansted guna Easyjet dari London Luton. Ada beberapa airport kat London. London Heathrow ni macam KLIA. London Stansted/Luton/Gatwick ni kira macam LCCT lah.

Paris juga boleh dicapai dari Newcastle Airport guna Easyjet (yang dalam 1 jam dari tempat aku <- diconsidered dekat).

Juga boleh dicapai dari Edinburgh guna Ryanair tapi jangan. Sebab yang ni dia mendarat kat Paris Beauvais yang jauh gak dari Paris. Nanti AirAsia pun mendarat kat sini jugak.

Maka, kalau dah sampai Stansted dan nak terus jalan, pergilah tempat lain. Pergilah Rome! Atau Barcelona. Ataupun Munich! Ataupun my favourite Sound of The Music city – Salzburg!

First alert, dek kerana semua ni penerbangan murah, banyak flight mendarat dekat tempat-tempat yang jauh dari city. Maka, kalau Munich misalnya, dia mendarat kat Memmingen yang dekat 2 jam jugak dari Munich. So kena bajet dalam 20 euro jugak satu hala untuk naik bas ke city itu. Well, kalau kat Paris pon sama jugak. 40 minutes train dari Paris Charles de Gaulle, tapi dalam 15 Euro jugak.

Oh, kalau masih nak gi Paris dan diri itu muda (25 and under) pergilah di hujung minggu. Hujung minggu tiket underground Paris (yang dipanggil Metro) potong lebih dari 50%. Hari itu waktu aku gi Disneyland kebetulan time weekend, maka murahlah sikit nak pusing-pusing Paris.

Bercakap dengan Hafidz, yang aku tanak pergi Paris kalau diajak teman. Hafidz cakap, ‘ko ni, kalau diajak pergi apa atu, Austria, Germany mahu ah’. Something like that, still cant mimic his Bruneian accent.

Anyway!

Kalau tersampai ke Durham/Newcastle, sebenarnya boleh naik cruise overnight ke Amsterdam. Return boleh dapat 60 pounds – 100 pounds termasuk bilik untuk tido. Atau boleh juga fly naik RyanAir ke Barcelona. Ataupun naiklah Jet2 ke Prague! (Perlukah ada tanda seru?) Prague is a nice city dan juga murah. Dekat train station dia, jalan depan sikit ada kedai makanan Turkish yang halal.

Seriously kalau duit itu ada, sampai UK, banyak tempat boleh reach dari sini dengan harga yang berpatutan. So, sila decide bebaik.

Faizal, sila lihat video-video backpacking aku supaya ko dapat idea sikit bandar mana yang ko nak pergi. Danke. Oops.


5 Responses to “Dari London, kemanakan kau mahu belayar?”

  1. tulip says:

    teruja!

  2. nieda says:

    seronok nya dapat travel ke sebelah sana. Kita ni sebelah sini pun tak habis lagi hu,hu…

  3. Amri says:

    Nieda, ada juga kawan saya bertanya jika saya dah sampai ke negara Asia lain seperti Bali misalnya. Tapi saya cakap belum.

    Ya lah, back 5 years ago, AirAsia kan baru nak mula, so takde chance untuk explore SE Asia. But believe me, orang-orang sini gila-gila suka melawat belah-belah negara kita tuh:)

  4. T_T no comment but I still wan’t to comment.

    Teringin nak gi sana lagi. Dulu masa kecik-kecik aje duduk sane. huhu. Sekarang jangan harap nak travel jauh-jauh. Oh,cepatlah kaya!

  5. Amri says:

    Sophie, kalau dah start kerja, boleh lah kumpul duit. AirAsia kalau diorang buat offer, RM1000 dah dapat return ticket.

See also: