Ciao

Ciao a tutti.

Terperasan aku tulis ciao di hujung entri sebelum ini.
Tadi hendak keluar dari office sebelum jumpa supervisor pun, aku tersebut ‘ciao’ pada Abang Amir. Sengih. Biasanya aku berciao-ciaoan ini dengan rakan-rakan lepak sahaja. Kak Khalidah pun kadang-kadang akan chow dengan aku. Tapi dia chow, bukan ciao.

Aku start guna ciao ini lepas aku pergi Rome. Romelah bandar pertama kat Europe (selain UK) yang aku sampai. So, sebelum ke sana, aku adalah dengar-dengar sedikit podcast belajar bahasa Itali. Yang mana agak membantu, sebab orang diorang memang traumatik sikit kalau bercakap English. Sampaikan waktu aku nak mencari Fontana di Trevi dengan kawan aku, aku sebut ‘excuse me’, dua orang ini macam berlari menjauhi aku. Pastu cepat-cepat aku sebut ‘mi scusi’, barulah diorang stop. Aku sambung dengan ‘dove รจ Fontana di Trevi’. Tapi yang soalan ni aku dah mula google translate sebab yang ni aku dah lupa. Lama dah. Lebih 3 tahun dulu dah.

Tapi, yang memang aku ingat ialah ucapan hello iaitu ‘ciao’ juga bermaksud babai.

So, that’s why I spelt it ciao. Coz it’s Italian:)

Anyway, sebelum ke Rome, aku mendengar lagu ini.

It’s a nice one, isn’t it:) Plus sesapa yang tak minat HSM maybe agree that this version is stronger


3 Responses to “Ciao”

  1. Nisa says:

    Nice- merujuk kpd lagu ni…. But tak suka HSM.. yg first ja suka…

  2. Amri says:

    So, sebenarnya suka HSM atau tidak?

  3. Nisa says:

    suka HSM1 ja… majority tak suka… means that, tak suka… boleh mcm tu???? boleh la kan…

Leave a Reply

See also: