Air asam

Hari ini keluar untuk ke department. Mahu ambil parcel. Tapi sampai di bus station, aku sense aura lain macam. Seperti hari ini bukan hari Isnin yang biasa. Tidak juga nampak bus X1 yang berlalu di depan universiti. Tiada di list papan eletronik menunjukkan waktu sampai. Aku call Syafiqah. Tanya sama ada hari ini cutikah? Rupanya bank holiday. Nasib baik tidak naik bas itu. Kalau tidak penat sahaja ke department yang tak buka juga.

Kemudian aku berlalu depan kedai daging halal. Masuk ke dalam untuk beli ayam. Ayam dah habis sejak minggu lepas tapi tak dibeli sebab malas. Beli ayam, dan tiba-tiba terasa mahu beli lamb. Mahu buat nasi beriyani. Salah satu sebabnya ialah kerana ada orang tinggalkan komen dalam video Down. Dia berseloroh yang lain kali boleh masak nasi beriyani pula. Terus intrigue untuk buat nasi beriyani.

Call mak aku dan tanya macam mana. Balik rumah dan buat. Tapi sedikit gagal sebab kurang perencah. Nasi mula-mula macam tidak masak, tapi nasib baik berjaya juga selamatkan supaya masuk fasa boleh dimakan. And in the end, agak okaylah juga. Sebab dah buat ayaq asam, mixture of bawang, tomato, cabai dan belacan. Kalau dicium tangan kanan sekarang pun masih ada bau belacan. Nice.

Amalina dan Syafiqah datang tadi. So kitorang makan reramai.

Next, perlu cuba lagi buat nasi beriyani sampai berjaya!

Tiga empat hari lepas aku dok masak mi goreng sahaja. Boleh tahan juga rasanya. Cuma kesian juga pada Hafidz, kena ikut style makan aku.

Aku kat sini, once aku dah suka hendak makan sesuatu itu, aku akan stick pada menu yang sama untuk beberapa lama. Hari tu dok buat ayam goreng, maka ayam goreng la seminggu dua. Sekarang perut asyik meminta-minta mi goreng. Maka mi gorenglah.

Life… it’s unpredictable, isn’t it?

Mana aku sangka lepas 3 tahun di Durham, aku semakin bersemangat untuk memasak dan mahu pula menulis fasal ini…

Ah, coffee time~~ at 3.41am. Mahu berjaga sampai subuh!

“Pernah rasa macam beg plastik? Senang saja ditiup angin?”
I’m loving that song at the moment.


3 Responses to “Air asam”

  1. oh, study jgn tak study! ngee~
    tp kan, coffee kalau minum slalu, menjadi ke?

    and btw, i love that song too :)

  2. WaReMoN says:

    living away from home country makes you like that :D

  3. blubellbloomingmorning says:

    Selalu rasa macam beg plastik! :) dulu orang kata seperti daun berguguran, puitis dan natural. Tapi sekarang beg plastik lagi praktikal.

Leave a Reply

See also: