Cooler

There’s particularly one song that I’m liking at the moment.

Mike Posner – Cooler Than Me. Ditanya pada Mahir sama ada lagu itu popular di Malaysia. Dia kata dia tak pernah dengar. Juga kawan dia pun tak pernah dengar. Aku wiki dan tahu yang lagu tuh Jun tahun lepas lagi. Tapi baru-baru ini kedengaran di UK. Baru masuk chart sini agaknya.

Line pertama agak catchy, selalu aku start nyanyi

“If I could write a song to make you…”

“… fall in love…” Hafidz akan sambung.

Sambungan lagunya, “I would already have you right under my arm.” Seriously, the new episode that I wrote was not inspired from this song, it was inspired from.. well.. some other stuff I don’t wanna tell you. But yeah.

Dah tahun 2011 ek? Kelmarin dulu bising juga rumah bawah sebab diorang buat parti tahun baru. Siap ada countdown lagi. Aku memula kat bilik kat atas. Pastu join Hafidz tengok Camp Rock 2 kat bawah.

Dua tiga hari ini kitorang work on projek baru. Rakam video kat luar. Dek kerana ada aksi berlari-lari, aku decide untuk pakai hanya baju t-shirt, takde sweater apa. Tapi sejuk gak woo, kurang 5 darjah kat luar. Semangat gak kan semata pakai t-shirt. Siap ada scratch lagi kat siku.

Yang agak best, sebab mulut ada kuar asap dalam video. Nampak la sikit-sikit.

Terperasan jugak waktu babak Final Jam dalam Camp Rock 2 waktu Demi Lovato nyanyi dengan Joe Jonas. Sambil diorang nyanyi, keluar asap gak dari mulut. Maksudnya babak tu diorang rakam time-time bukan time summer la walaupun cerita tu setting dia time summer.

Sekarang pukul 8.26 pagi nih. Semalam dah take a nap sampai 12 tengah malam. Stay up, buat editing video sikit, tengok Goseiger dan baru abis buat programming. Alhamdulillah, dapat result yang dimahukan. Sebenarnya sepanjang malam cuba conceptualise satu method nih, dan result awal memang tunjukkan ketidakberjayaannya. Pastu tetiba, ketika waktu-waktu tertentu yang tidak perlu diceritakan di sini, terdapat pula idea. So, okaylah.

Bolehlah tidur pagi dengan tenang. Main Scrabble dulu dalam phone sebelum tido as usual! :)


One Response to “Cooler”

  1. mahir says:

    yang mana agaknya akan release dulu nih.

Leave a Reply

See also: