Tips

[Tajuk diparafrasakan daripada 'Tips Menggoda Amri' sebab ada orang-orang formal yang melinkkan blog ni kat blog diorang, nanti kang sentap kawan-kawan diorang terbaca tajuk itu keluar kat link! Haish]

Sentap dengan post Halim bertajuk Tips Menggoda Halim. Sila baca entri Halim dahulu, dan jika anda mencari cinta sila goda dia. Maka ini adalah parody entri tersebut.

Oleh kerana tiada lanjutan dari Facebook berkenaan kesangapan untuk mencari cinta, maka definisi godaan di sini samalah seperti godaan di bulan puasa iaitu untuk mendistract ku dengan cara sihat daripada sedang menumpukan pada sesuatu. Silalah praktikkan tips ini supaya anda boleh dapat perhatian apabila mahu mahu meroyan atau hendak mencari rakan-rakan sembang, supaya kita sama-sama menjadi rakan sepenggosipan. Boleh?

Here are the tips:

1. jika anda bercakap English dengan ku, sila menggunakan accent American. Rasa dekat di hati. Keke.

2. jika anda bernyanyi, pastikan lagu-lagu itu pernah aku sebut-sebut di blog bermaksud ku sangat berminat pada lagu tersebut. Lagu-lagu dalam bahasa Jerman juga sangat dialukan. Contoh: Mamat bernama Alex yang cover lagu Katy Perry’s Teenage Dream dalam Jerman

3. jika anda makan, silalah jemput ku makan kalau tidak habis. Ku tidaklah control macho untuk malu-malu menghabiskan makanan orang lain.

4. jika anda bercerita, pastikan ada unsur-unsur dramatik seperti dalam drama swasta.

5. buat-buat senyap saja di wall di Facebook, tapi rajin-rajinlah komen di blog dengan komen yang berbaur sentap.

6. jika anda terberjaya menjumpa Facebook ku, silalah perkenalkan diri terlebih dahulu. Nyatakan tujuan utama iaitu untuk bergosip.

7. Sila gelak keke, atau haha, dan bukannya huahuahua kerana itu trademark Halim. Jangan pula kerana terlampau lucu, anda menaip hahahhahahahahahahaha. Ku akan menganggap anda mengilai di sebalik skrin di sebelah sana.

8. jika anda mengajak ku keluar, pelawalah diri untuk belanja. Walaupun anda mungkin punya niat terselindung untuk mengoratku, coverlah dengan mengajak kawan anda sekali dan ku pastikan yang ku menjadi lelaki tak berperasaan kerana tak perasan pun anda sedang memberi hint. Keke.

9. sila jangan tanya ‘apa lagu baru nak translate?’ Sebaliknya tanyalah, ‘apa cerita baru nak digosipkan?’

10. senang cerita, buat entri fasal ku di blog, post link link ku di FB pastu share reaksi rerakan pada hasil kerja ku. Terus anda menjadi PR tidak berbayar.
Renung2kan dan selamat menggodaku!

P.S: Terus berlari ke satu sudut sunyi (tiru Halim di ketika lain) sebab malu menaip entri di atas.


8 Responses to “Tips”

  1. dijah peace says:

    hahaha , keke ..
    cam copy edit jek ….

    wat eve pon .. menarik !!

  2. nzard says:

    #4- example of drama swasta yg dimaksudkan?
    #7- hahahahahahahhahaha……!!!

  3. FIE says:

    hehehehe, bagus tips dari anda amri..

  4. mahir says:

    dari 10 tu..5 tips tu berjaya menggoda amri..haha LOL

    *gurau je*

  5. tulip says:

    kelakar dengan tip no .7 tersebut..hahahahahahaha…ups!! keke

  6. KEJIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII HUAHUAHUA tapi tips hang ni lagi kelakar HUAHUAHUA

  7. WaReMoN says:

    pergh, amat memalukan diri sendiri :D

  8. a ah la.seriously bro Amri kena cari satu sudut sunyi untuk menyorok. hahahahaaahahaha…(ni baru betul-betul mengilai di sebalik skrin)

Leave a Reply

See also: