define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Hey Soul Sister Malay Version - Pagi Hari di Durham

Hey Soul Sister Malay Version

Senyumanmu meninggalkan kesan di kalbu
Tak akan aku lupakan
Dan ku biar tersisip di minda
Lirikan matamu di dalam setiap mimpi yang ku lena
Sewaktu kita bersama; tersemat di dalam jiwa
Di hatiku

Hey, si gadis, aku bukanlah si jejaka itu
Yang kamu dengar di corong stereo
Hey si gadis, khabarkan aku cerita hari-harimu… oh

Dan kita, punya minda jiwa yang bergetar sama
Ku lihat satu tujuan
Kan menyulam seribu pengalaman
Tak berhenti
segala lafaz menjadi inspirasi
Dan sebenarnya, kaulah Siti kaulah Yuna
Bisa buat diri daku bahagia

Hey, si gadis, aku bukanlah si jejaka itu
Yang kamu dengar di corong stereo
Hey si gadis, khabarkan aku cerita hari-harimu… oh

Bila kau ketawa
Buatku terasa bahagia
Diriku perwira
Meredah mimpi cari mutiara
Bisa jadi diri sendiri
Ku yang sempurna melankoli
Biar dunia melihat; kita

Hey, si gadis, aku bukanlah si jejaka itu
Yang kamu dengar di corong stereo
Hey si gadis, khabarkan aku cerita hari-harimu…
Hey si gadis, khabarkan aku cerita hari-harimu… oh


12 Responses to “Hey Soul Sister Malay Version”

  1. Nisa says:

    nice but I think kalau Lisa Surihani is better than Siti dan Yuna… coz huruf belakang dia tu dah macam lari..bukan macam tp dah lari btul2 lari…
    1 more thing, sound dia tak mcm sound lagu2 sebelum ni… dengar macam sound tu pecah…

    p/s: ni hanya pandangan saya… fangirls En. Lutfi jgn serang saya pulak… (^_^)

  2. Amri says:

    Nisa, taklah. Rima ‘Yuna’ itu dengan ‘sebenarnya’ dan ‘bahagia’.

    “Dan sebenarnya, kaulah Siti kaulah Yuna
    Bisa buat diri daku bahagia”

    Kalau Surihani, tak berapa kena dengan ‘bahagia’ sebenarnya:)

  3. fati says:

    artistik…=)

  4. WaReMoN says:

    awal2 tu nmpk kreatif dah, tp pastu jadi biasa…

  5. tulip says:

    aah…intro tu mmg best. lain dari vid2 sblm ni :)

  6. MEMANG HANG TAKKAN BAHGIA DENGAN LISA SURIHANI LA GAMAKNYA.

    KU AKAN HANCURKAN KEBAHGIAAN KALIAN.

    INGAT!

    HUAHUAHUA

  7. Nisa says:

    owh begitu….

    to Pingu Toha: tak masuk peraduan Lipice kah?? sape menang, dpt gi Tea party with Lisa… tp terbuka kpd girls ja… (^_^)

  8. suara sgt jelas.tp ckp nisa btl,sound cm pecah.lirik??simple tp sgt nice! keep it up k!

  9. Amri says:

    Pingu Toha, amiklah Lisa Surihani. Aku sudah gugurkan nama dia dari lagu ini kerana tidak mahu mengganggu gugat cinta ko terhadap dia.

    Kekeke.

  10. Amri says:

    Nisa dan Nadia, tidak pasti tentang sound yang macam pecah itu. Akan saya perbaiki kalau saya tahu bagaimana caranya. Thanks

  11. x-student 181 says:

    intro best…pastu nmpak sempoi n simple je…nice;)

  12. ahmad says:

    amir blh x ko buat lagu Billionaire versi malayu?

Leave a Reply

See also: