define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Gurindam: Aku manusia - Pagi Hari di Durham

Gurindam: Aku manusia

Dalam kelabu hari-hari
Pinta hati minta diurai
Ke mana arah kaki melangkah?
Ke mana arah minda menongkah?

Bila cinta jadi tanda tanya
Pabila suram selalu bersama
Ada mungkin ini teras
Mungkin juga pelepah yang lindung

Bila hati tidak sejiwa
Pabila rasa tak sepenuh nyawa
Padanlah badan terhuyung-hayang
Bila ribut menampar bayang

Kadang ini mimpi si dia
Bangga itu yang dia mahu
Kalau sudah begitu lama
Kaki melangkah jalan berliku
Biar punah jasad dan nyawa
Usah tersungkur membaham batu
Letakkan tenang selalu di jiwa
Peduli apa mereka dan kamu
Gunung itu terus ku daki
Telan saja lara di hati

Separa gembira separa gulana
Apakan risau, akukan manusia!

-Amri
17 Dec 10, 1.52 a.m


One Response to “Gurindam: Aku manusia”

  1. mahir says:

    *sentap*
    kamu bleh tulis lirik ni..

Leave a Reply

See also: