define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Editing: Konsep edit 7 saat dan lain-lain - Pagi Hari di Durham

Editing: Konsep edit 7 saat dan lain-lain

[Kandungan post ini adalah berdasarkan pengalaman]

Aku dah mula edit video sejak abis Matriks. Buat sikit-sikit dan dah beberapa tahun baru aku belajar konsep ini. Iaitu konsep edit 7 saat.

Edit video log

Dah jadi kebiasaan orang sekarang, dek kerana sudah mudah untuk rakam video dengan digitalĀ  kamera, maka kita hendak juga edit video untuk simpanan masa akan datang. Maka ada beberapa teknik editing yang aku akan sarankan untuk cuba pastikan video log tersebut menarik untuk ditonton dalam masa akan datang.

Dan untuk post ini, aku khususkan untuk editing video log, meskipun kebanyakan video aku ialah video lagu.

Maksimum

Untuk satu-satu video, pastikan hasil terakhir hanyalah kurang 10 minit. Sebabnya mudah, jarang-jarang orang mahu tengok lama-lama sesuatu video itu. Ini sebenarnya sangat mencabar bagi editor, kerana kita terasa yang kita mahu masukkan semua yang boleh kerana kesemuanya seolah-olah memori yang mahu diabadi.

Watak utama dan pelakon tambahan

Salah satu kesukaran dari perspektif video editor ialah keinginan untuk memuaskan hati semua pihak dalam video yang dihasilkan. Misalnya jika video itu melibatkan ramai orang. Menjadi lumrah untuk video editor memasukkan semua orang dalam video tersebut dan juga cuba memastikan semua orang bercakap. Hasilnya katakan kita punya scene makan-makan, kita akan bertanya semua orang yang terlibat apa yang mereka makan dan perasaan mereka pada hari itu. Hasilnya, scene tersebut sahaja sudah memakan masa 3-4 minit.

Video log ini umpama drama tidak berskrip. Mungkin hampir-hampir dengan realiti tv maksudnya. Maka, pada satu-satu kejadian, sila pilih penerangan dari orang yang paling menarik. Sama ada gayanya yang santai, atau jika target viewer anda ialah rakan-rakan, bolehlah pilih yang paling menggedik bising dan ceria. Fikir akan target viewer. Jika video ini untuk tontotan ibu bapa dan mak cik pak cik, bolehlah watak utama itu diambil dari kanak-kanak.

Maka hasilnya video log anda akan punya satu dua orang yang punya paling banyak airtime dan berbaki yang kurang airtime.

Hmm… ar..

Orang-orang masa kini tidak suka menunggu, maka jika ada sebarang ruang seperti ‘hm…’, ataupun ‘arr….’, sila potong. Keburukannya ialah video akan nampak dipotong-potong, tapi jika anda tahu menggunakan multilayer (dalam Adobe Premiere misalnya), anda boleh tutup potongan yang banyak itu dengan video lain.

Cuba lihat contoh video ini.

Dialog aku telah dipotong kepada 3 bahagian

Satu: Hey, okay, now we are going to Glasgow
Dua: Mula-mula kita akan pickup Hafidz dulu
Tiga: And then, make our way to Oban

Di antara dialog satu dan ketiga, ada beberapa bahagian yang aku telah cut dek kerana aku banyak sangat hesitate. Tapi untuk tidak tunjukkan cut tersebut, aku cover dengan video lain pada dialog Dua.

Tujuh saat

Tips terakhir tetapi paling penting ialah potong tujuh saat. Cuba pastikan, setiap scene tidak melebihi 7 saat. Kalau 5 saat sudah cukup baik, kalau 10 saat, sudah sedikit no-no. Mungkin boleh diberikan pengecualian jika ada dialog yang dianggap menarik, penceritaan, ataupun aksi-aksi lucu.

Kaedah potong 7 saat ini bertujuan untuk mengelakkan penonton hilang tumpuan dan meminimumkan rasa penonton hendak stop tengok video kerana bosan. Ini sangat penting bagi scene scene seperti pemandangan.

Kalau pemandangan yang tidak bergerak, 5 saat sudah cukup.

Kalau bergerak, 7 saat boleh diterima.

Konsep 7 saat ini perlulah diaplikasikan seadanya dan mengikut kesesuaian.

Muzik?

Sebenarnya muzik bukanlah elemen sangat penting dalam video log. Kalau cuba lihat video Scotland, dek kerana kemalasan, langsung aku tidak letak lagu di tengah-tengah. Ada sedikit sahaja dihujung. Tapi tidak kurang impaknya kan? Kalau lihat video backpacking aku seperti yang ini, penuh dengan muzik.

Video muzik

Walaupun aku punya banyak video muzik, salah satu kesukaran editing video muzik ialah kerana kurangnya scene untuk melengkapkan satu video. Maka sila jangan judge apa yang aku tulis ini pada video-video muzik aku.

Video lain

Sila lihat pada kesesuaian. Kalau video tentang ceramah, penerangan akan sesuatu perkara, janganlah aplikasi kaedah 7 saat itu.

That’s it.


2 Responses to “Editing: Konsep edit 7 saat dan lain-lain”

  1. iNa says:

    hmm..menarik.tip2 bgus..baru nk edit2 wat video kawen sendiri..=)

  2. Amri says:

    Yup, cuba la buat satu video yang kurang dari 10 minit. Tapi pada masa yang sama, video-video yang panjang tu simpan lah juga kalau-kalau nak tengok di masa kelak.

    Cuma video pendek ni, senang nak tunjuk kawan-kawan yang tak datang kenduri dan tengok baju vogue pengantin kan.. keke:P

Leave a Reply

See also: