Coffee or not?

Sedang mengesan satu kesilapan programming.

Coffee or not? That’s the question.

Boleh saja mahu paksa berjaga, tapi sudah mula rasa mengantuk. Dan bangun agak awal itu, agak indah juga. Awal dari biasa. Bukan awal dalam skala manusia biasa.

Oh, aku masih manusia biasa. Bukan datang dari luar bumi (jeling Mahir).

Esok jumpa supervisor. Yes 28hb Disember, di kala-kala orang-orang bercuti-cutian. Library dan department pun rasanya tutup. Tapi tak apalah. Supervisor aku selalu give me a break bila aku nak berjalan-jalan atau bercuti-cutian, dan lagipula aku di Durham.

Aku ada cerita tak vain.

Sekarang ini tidak macam waktu aku first year kat uni. Kerja, last-last minute nak jumpa supervisor, baru gatal nak berjaga semua. Dulu waktu first year undergrad, dapat assignment C++ yang due datenya 2 minggu. Aku relax, dua tiga hari pertama tidak buat apa-apa, tidak melawat lab pon (samalah dengan orang-orang lain),pastu weekend tu balik kampung, terus buat programming kat komputer kat rumah (sebab tak de komputer kat bilik kat uni, bukan macam zaman sekarang ni laptop berkecambah); terus siap. Isnin tu terus gi hantar kat pensyarah. Dia tanda atas tu ‘first one to hand in’. Keke. Alhamdulillah. Keke juga.

Ini bukan cerita vain sebab sekarang sudah tidak macam itu. Tapi ya lah, research ini open-ended question. Buatlah selagi boleh. Nasib baik sepandai-pandai manusia pon, umpama setitik air di lautan kan; kalau tak takde chance lah orang yang tak pandai macam kita-kita ni nak explore lagi bebenda yang tak terjawab.

Oh, balik pada cerita C++ tuh; aku okay dengan programming sebab pernah cuba-cuba buat editing webpage, main javascript etc. So, dah pernah gak la ada basic computer sebelum masuk U. I’m a nerd. Still a nerd tapi sekarang sudah pandai smart-smart sedikit dan diacknowledged oleh junior maths aku yang best itu. Dia jumpa aku lebih kurang setahun lepas aku kat Durham, dia tegur kasut aku yang smart sikit katanya. See, maksudnya dok kat USM dulu sampai ke Brunel, kasut memang tak smart ah.kopi

Oh, tapi memang pun; 6 bulan lepas aku kat Brunel, aku balik rumah, pakai kasut yang dah koyak bawah dah. Sedih jer family aku tengok. Aku rileks jer.

Tapi tu la kan, kengkadang rasa diri ni baik sikit bila tak dispoil. Semuanya cukup. Sekarang ni, bila menspoilkan diri sendiri; buka lemari baju pun dah merungut ‘takde baju best nak pakai hari ni’; padahal bila aku pakai 2-3 baju, Hafidz akan tegur, ‘eh, baju baru’, yang bukan pon baju baru, tapi baju yang aku dok biar terperosok dalam lemari sebab tak berkenan nak pakai baju itu.

Uh, perlu berazam untuk menjadi lebih baik dan kembali kepada kesederhanaan!!

Dengan itu, aku decide untuk buat kopi dan berjaga.

Caiyok kepada diri sendiri!!! (fangirls sila jangan bagi sokongan juga, komen bebenda lain takpe)

[Gambar: Minum kopi kat services/R&R waktu nak ke Dundee itu hari]


7 Responses to “Coffee or not?”

  1. mahir says:

    o_O
    serius org bumi? haha

  2. Amri says:

    Men from Mars, women from Venus??

  3. tulip says:

    akhirnya…decide buat kopi setelah ber muhasabah diri…its gooooOOod! ;) :)

  4. Bro Amri, minum kopi ajeeee.. sodap pun sodap.
    Dapat Ali cafe kat sana sure kick. Tapi kopi kt sane mesti lagi sedap.. T_T

  5. Amri says:

    tulip, okay la, sekarang seperti hangover..

    Sophie, mahu kopi Lingzhi sebab selalu minum itu di rumah my sis & bro-in-law. tapi takde la kan..

  6. WaReMoN says:

    oh..seluar aku dah reput pun aku masih pakai

  7. kopi Lingzhi? hurm..macam tak pernah dengar tapi kalau kita dapat buat sistem barter tukar kopi best jugak.. Nyum2.kopi dari UK tuu..

Leave a Reply

See also: