Berboxing

Niat di hati untuk bangun awal dari biasa dan keluar mencari jus. Tidak tahu pula sama ada kedai-kedai di Durham ini buka atau tidak. Boxing Day ~ inilah hari yang disambut oleh kebanyakan orang Malaysia di sini yang tak sambut Krismas. Boxing Day ni satu hari selepas Krismas, yang mana barang-barang semua sales.Dek kerana orang kat sini banyak membeli belah sebelum Krismas sebab nak bagi hadiah Krismas, jadi lepas Krismas, diorang sekadar nak habiskan stok. Lebih kurang macam itulah pemahaman aku.

Tapi walaupun 26hb tu Boxing Day, bergantung pada kedai juga sama ada diorang mula sales pada 26hb atau 27hb.

Itu sebab aku tak sure sama ada ada sales atau tak di Durham, sama ada buka atau tak.

Memula aku berlalu depan Iceland (kedai makanan), tak buka.

Pastu lalu ja depan Grainger Games (kedai game), eh buka.

Tengok tengok Top Man pun buka, dan juga Burton. Aku ke Burton sebab aku suka style baju-baju dia. Tengok, adala yang murah tapi tak berkenan. Tapi tetiba jumpa seluar tracksuit yang nice, jual 10 pounds. Ni kira murah la, sebab tracksuit yang nice, selalunya atas GBP16.

Aku ke Top Man dan sambar beberapa baju termasuk satu baju merah yang bertulisan best. Jap nak tangkap gambar baju itu.
angry

Hehe.

Ini boleh pakai time handle aktiviti sekolah nih. But I’m so gonna scare those kids away.

Kemudian aku sempat masuk Whittard, kedai er… kedai jual tea/chocolate drinks etc dan juga ada jual mug kat situ. Whittard tak potong rega pon kat mug dia. Konon 50% off, tapi ari tu aku beli pun harga dia macam tu jugak.

Oh, tapi Topman tu memang reduced la. T-shirt atas ni dapat 6 pounds = dalam RM30?

***

Dek kerana berjalan itu hari, maka tidak ada projek untuk lelagu baru. Terima kasih.

***

Sekarang ni suhu kot lerah negative ke 1 atau 2 darjah. Tapi aku buka heater sekali sekala. Masalah juga bila depend on heater, pastu mulalah kulit kering dan gatal-gatal. Lagipun nanti badan cepat dehidrasi dan senang sakit. So, pakailah baju tebal sikit.

***

Mahu mengucapkan terima kasih pada Elly dan Mahadi yang bersusah payah memasak ini dan itu sewaktu kitorang di sana. Aku cakap siap-siap, kalau korang dua datang sini pun, aku tidak dapat balas dengan standard yang sama okeh, maka nanti aku balas dengan nasihat teknikal bab-bab berkaitan komputer. Boleh?

***

Mari kita bersama-sama menjadi lebih baik!! Random, I know.

***

Berfalsampah sekejap:

I’m trying too hard to make people accept me for me that I forgot to accept them for who they are. Pardon me for that.

***
Ciao.


5 Responses to “Berboxing”

  1. rdniika says:

    oh, kitaorg kat Glasgow, smapi -20, LOL. -_- huhu.

    um..kalau kulit kering, tak letak lotion johnson baby tu ke? cuba letak, nanti okay la. tp kalau Dini, bila letak minyak baby oil johnson tu baru okay, haha.

  2. Amri says:

    Dini, saya menggunakan E45 Moisturising Lotion. It soothes, soften and relieves dry and sensitive skin, perfurme free and hypoallergenic (salin dari botol). Keke

  3. rdnika says:

    haha, salin dr botol rupenyer, aha :D

    Dini sblm ni try mcm2 lotion dah tp smua tak jd, tak thu nape, last2 guna baby oil tu jer lah, aha :D

    um, okay tak lotion tu?

  4. Amri says:

    Okay kot lotion nih. Since 2 of my guys friends were using this one, that’s why I picked that {insert some masculinity ‘woooargh’ while lotioning}. Tak pernah compare lak dengan baby oil.

  5. zeah says:

    hmm whittard masih ada kat durham?.. i tot dah tutup… hmm…

Leave a Reply

See also: