Shinkenger, Maeru!

SPR_Samurai_logoemalam sudah tengok final episode untuk Shinkenger. Siri ini akan diadaptasi kepada versi Amerika yang dinamakan Power Rangers Samurai.

Waktu-waktu kecik dulu, memang kat Malaysia selalu alih suara siri-siri Sentai ini. Misalannya Flashman dan Maskman. Lepas tu, sejak ada Power Rangers, kita dah import yang tu ja.

Well, first time aku tengok balik versi Jepun ialah Mahou Sentai Magiranger (yang diadaptasi kepada Power Rangers Mystic Force) and I’m loving it. Tapi bila tengok Mystic Force, sedikit kecewa.

I know I’m gonna have the same feeling when I watch Power Rangers Samurai which is gonna be aired next year in February. Hope that I’m wrong.

Walaupun siri Sentai ini mempunyai penceritaan yang sama, hidup seharian -> raksasa muncul -> kalahkan raksasa -> raksasa membesar -> panggil Zords -> menang; tapi aku sangat suka dengan penceritaan karakter dan isu yang mereka hadapi masing-

masing.

Dalam konteks Shinkenger, salah satu kejutan budaya yang aku lihat ialah dalam episod satu atau dua. Premis siri ini ialah seperti berikut. ShinkenRed ialah lord untuk Shiba-clan, manakala 4 samurai lain ialah dia punya pengikut yang bertanggungjawab melindungi diri dia. So dalam episod awal, dia tunjukkan bagaimana respeknya pengikut-pengikut dia ini pada dia.

shinkenger

Episod awal tadi: ShinkenYellow itu sedikit careless dan menyebabkan raksasa dapat mengambil peluang untuk menyerang. Kalau dalam cerita-cerita lain, terutamanya cerita kanak-kanak,  maka semua orang akan cakap, ‘okay, try again next time, don’t worry’. Tapi dalam kes ini tengah-tengah ShinkenYellow itu cedera, ShinkenRed marah dan suruh bagi dia ultimatum. Lawan bersungguh-sungguh atau quit sebab kalau tidak akan menyusahkan semua orang. Terus  ShinkenBlue, ShinkenGreen dan ShinkenPink marah sebab seperti tidak berperi kemanusiaan. Aku pun sama juga, macam kejamnya ShinkenRed ini…

Tapi ShinkenYellow yang menafikan pertikaian rerakannya dan menyokong tindakan ShinkenRed. Think that it’s bad? As episodes go by,  makin lama makin aku faham akan argument yang diberikan dan sistem respect diorang dalam samurai. Which is for me like … wow!

Satu soalan yang berlegar di kepala aku ialah seperti berikut. Dalam kemajuan orang-orang Jepun, diorang masih lagi dapat bangkitkan isu-isu budaya negara diorang, dan cara diorang introduce to the young generation : very gracefully!

Oleh kerana aku juga menonton Goseiger (iaitu siri selepas Shinkenger), aku perasan yang penggunaan perkataan ‘everyone’ (minna) tidak berapa ada (atau tidak ada) pun dalam Shinkenger. Biasanya kalau ShinkenRed nak mengajak rerakannya berperang, dia akan guna kata ganti yang menunjukkan dia itu orang atasan.

Konsep bagus, penceritaan bagus. Siap aku emotional lagi melihat couple of last episodes sebab sangat dramatik. Seperti mahu menangis bersama-sama. And yeah.. I’m talking about this series which is gonna be converted to Power Rangers. Tapi, nanti sampai jer US, conform abis rosak cerita ni. Again, hopefully I’m wrong. And I’ll update my view next year in February about Power Rangers Samurai.

Tambahan: Dalam siri itu salah satu taglinenya ialah ‘Tenka gomen samurai sentai shinkenger’ yang diterjemahkan oleh orang yang upload itu sebagai ‘authorised by the providence, samurai sentai shinkenger’. As in gomen = yang memerintah la. Agaknya kita dok sebut kerja gomen itu kerana guna istilah waktu Jepun jajah dulu kot?


One Response to “Shinkenger, Maeru!”

  1. WaReMoN says:

    pergh, sampai nak menangis tu, mesti sadis ending dia :D

Leave a Reply

See also: