Salji

“Kenapakan kau pilih yang atu?” lebih kurang macam tu soalan Hafidz.

“Time remaja-remaja, tak tahu yang nanti-nanti akan guna untuk formal”.

Moral of the (not really sentences you can called) story: Pilihlah username yang boleh digunakan untuk hantar kepada orang-orang rasmi kalau mahu buat email. Kalau pilih perkataan-perkataan seperti warrior, kamikaze, best, nama-nama artis yang dicombinekan dengan nama sendiri, nanti kang segan nak guna untuk tujuan rasmi. Jangan buat email dengan nama kombinasi nama awek/balak juga. Well, jangan is such a harsh word. Up to you. Who am I to care.

Sekarang ini sedang pulun bermain Call Of Duty (jangan tanya version berapa) dengan Hafidz. Boleh main online, so agak best sebab main deathmatch. Salji turun. Conformlah bil gas akan banyak bulan ini. Dua tiga hari, asal waktu malam jer, dia akan turun. Maka, lambat lagilah jalan berselut salji. Pernah dengar selut salji? Aku pun tak pernah.

Bayangkan salji putih yang membuatkan orang tidak suci pun terasa suci, dipijak-pijak oleh tapak-tapak kaki manusia, bercampur dengan tayar kereta menyebabkan salji yang putih tadi menjadi hitam. Maka ais yang berwarna hitam ini – sejuk, dan ada kemungkinan untuk licin juga. Ditambah dengan kawasan Durham yang berbukit-bukit ini – maka kombinasi yang baik untuk tergelincir.

So far masih belum jatuh, walau sudah 3-4 kali mahu tergelincir. Musim sejuk tahun lepas, waktu kat Brackenbury, aku sedang bersembang dengan Kam di telefon. Tiba-tiba terjatuh, berdebuak. Terus telefon itu lurut dari tangan lalu slide down jalan yang sedikit cerun. Mujur tempat parking kereta depan hostel. Kalau tidak, sudah selamat. Oh, kemudian aku ambil telefon Nokia itu dan masih lagi elok dan terus sambung perbualan dengan Kam. Oh, ini bukan iklan telefon.

Anyway..

Nih video pendek pandangan salji dari tingkap rumah. Siapa terasa bosan boleh tengok:-


3 Responses to “Salji”

  1. fati says:

    teringat time study emel add ku dikomen oleh lecturer….huhuhu…

  2. WaReMoN says:

    aku nak main salji…

  3. Nisa says:

    wah snow!!! tp tak suka sejuk…tak tahan…

Leave a Reply

See also: