Entah rindu

Jarang-jarang aku buka gambar-gambar lama. Album album gambar itu masih lagi di bilik tengah, masih lagi di dalam beg plastik. Mahu juga aku ambil dan letakkan di bawah. Kalau nanti siapa-siapa datang ke rumah, dapat juga mereka buka-buka.

Aku berlengah-lengah walau jam sudah hampir ke pukul 7. Mentari … lagi satu jam baru hendak menampakkan bayang. Tapi itu aku sekarang ini. Lengah. Atau itu aku sejak entah berapa lama.. lengah.

Dalam tawa dan ceria hari itu, aku khabarkan cerita-cerita lama zaman muda belia kepada mereka. Cerita-cerita jaya zaman dahulu kala.

“Aku bukan mahu bangga. Aku sudah rasa detik tika aku jatuh juga. Ini semua rezeki…” itu simpul aku pada mereka. Dia dia itu tersenyum penuh makna. Tahu yang dalam keraian diri aku yang girang, masih punya kisah-kisah yang dimetaforakan seperti mahu mati.

Aku menguis-nguis mulutku tanpa sebab. Bibir kering.

Aku teringat cerita lama.

Seorang gadis menghantar cinta.

Aku katakan tidak. Jika hati tidak terasa, aku ujar tidak sahaja.

Tapi mungkin bahasa aku tidak kena. Kata ‘usahlah risau, hidup perlu diteruskan, baik-baik sahaja ya’ itu bagai menyimbah lagi api ke bara. Aku sedikit ketawa. Bukan ketika itu. Sekarang. Sekarang aku sedikit ketawa. Kalau jawab aku itu tidak, apa sahaja dikata tidak akan kena. Lainlah kalau jawapannya ya. Kalau terlepas angin sejurus itu pun bisa aromanya dianggap wangi.

Katanya ‘mudah saja kamu katakan begitu kerana bukan jiwamu yang menyarung kasutku.’

Kataku, ‘sudahku sarung kasut itu, dan aku berjalan dengannya. Dan betapa aku dambakan pengakhiran yang pada mata aku sempurna ataupun lafaz tidak yang mengakhiri mantera.’

Aku bersandar. Bukan ketika itu, tapi sekarang. Sekarang aku bersandar.

Sandaran kenangan.

Kadangkala datang berkunjung pada saat-saat begini.

Bertambah sempurna lagi melankoli aku ini.


8 Responses to “Entah rindu”

  1. tulip says:

    kalau ni novel, rasanya dah kalah dah Norhayati Ibrahim :) ;)

  2. mahir says:

    *sentap* ingat blog belum ku temu tadi..

  3. slurpee says:

    entah kenapa aku boleh ketawa membaca entry yg ini . .

  4. bini jay says:

    “Cerita-cerita jaya zaman dahulu kala.”

    akak baca Cerita-cerita JAY zaman dahulu kala.

    sentap!

  5. *sentap jugak* ingat blog belum ku temu tadi… ropa2nya melankolik penoh lara. hang ni am, memang mencabar ku. HUH!

  6. Amri says:

    Kekeke,
    agak keji tadi aku sebab lepas abis tulis, tetiba syok sendiri dan menantikan respon Pingu Toha.

    Keji lah bini jay. Bolehla.. jaya==jay

  7. rdniika says:

    *sentap jugak*
    ingatkan blog belum ku temu jugak ler tadi~ adeh adeh~

  8. WaReMoN says:

    pergh, ang bertukar jadi penyair puisi dari indon :D

Leave a Reply

See also: