define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Komputer slow? - Pagi Hari di Durham

Komputer slow?

Aku klik link ini dari FB Nazrd.

Maka aku bubuh rajah ini tanpa kebenaran.

Tajuknya: The Basic Guide to Troubleshooting Common Windows PC Problem.

Ini entri fasal komputer yang terasa slow.

Kebiasannya selepas beberapa lama menggunakan komputer, pengguna akan terasa yang komputer semakin lambat. Biasanya, lambat ini dirujuk pada lambat untuk masuk Windows ataupun lambat untuk buka program.

Zaman-zaman dulu, waktu kitorang guna Windows 98, setiap beberapa bulan sekali abang aku akan format sebab dia slow. Sekarang pun sebenarnya pendekatan tuh masih lagi valid. Kalau Windows tetiba terasa slow, format dan install balik, rasalah laju balik.

Tapi dek kerana kerenyahan, aku sendiri pun dah tak guna approach tu.

Maka, kalau nak bagi komputer laju, kenal pastilah masalah dia.

Selalunya kalau aku check laptop kawan aku untuk pederas kan sikit speed loading, aku akan check program yang run di kala Windows start. Misalnya Yahoo Messenger, Windows Live Messenger, Skype, kengkadang Winamp pun ada, Quicktime, Itunes etc.

Ni suma adalah agen pelembab. Maka, kena klasifikasikan yang mana satu yang memang akan digunakan sebaik sahaja masuk komputer. Kalau tak guna, macam Winamp, Itunes etc, masuk program tersebut dan cari bahagian preferences/options/settings dan unclick bahagian ‘run on windows startup’.

Tu first step.

Second, check juga Antivirus. Walaupun Norton Antivirus dan McAffee agak popular, tapi sepanjang pengalaman aku, Norton Antivirus dan McAffee sangat melembapkan komputer. So, gunalah Antivirus yang lain. Sekarang aku guna Kaspersky. Avira pun macam okey jugak.

Yang ketiga Windows Sidebar yang ada jam, temperature etc. Tu pun juga agen pelembab. Disable kalau boleh.

Yang keempat skin. Kalau nak laju, boleh tukarkan theme windows kepada ‘classic’ tapi banyak orang takleh terima perubahan ni sebab tetiba windows nampak buruk. Tapi performance sure naik. Kalau klik Windows start button, pastu amik masa 3-4 saat baru nak keluar menu, consider of this option, please.

Yang kelima, program entah apa-apa run kat startup. Tapi yang ni kena check msconfig. Kalau beginner, tak nak suggest guna benda nih nanti kang tersalah setting plak.

****

That’s all. Tetiba terasa hendak share sikit.

Disclaimer: Kalau ada masalah komputer dan anda berada dalam lokaliti dan mukim yang berlainan, sila google sendiri, dan jangan tanya pada aku. Terima kasih.

P.S: Bercakap fasal orang lain, dan bukan diri sendiri; walaupun kengkadang sesetengah masalah komputer nih klik-klik 3-4 minit, tetiba dah siap; silalah jangan anggap yang itu masalah yang mudah. Kalau anda tidak rapat dengan orang yang membantu, belanjalah dia makan sekurang-kurangnya (as courtesy), kalau tu free of charge punya kerja la kan. Kalau rapat, takpe, bleh balas balik time-time lain.


5 Responses to “Komputer slow?”

  1. rdnika says:

    comp Dini mmg slalu je slow, skrang ni dah okay dah bila tgk website lifehacker tu.
    this is a very useful post, thanks!

  2. mahir says:

    nak belanja org yang membantu..tunggu org membantu tu mau atau x saja

    *grin*

  3. Amri says:

    Ah sentap. Yer yer yer.

  4. am, penama tempat yg bley donlod muvi? tolong jgn kasi ku torrent. ku tapandai guna!

  5. WaReMoN says:

    err..jgn format selalu, ada kesan kt lifespan hard disk tu

Leave a Reply

See also: