define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Video Editing - Pagi Hari di Durham

Video Editing

Salah seorang penonton Youtube minta aku untuk bagi saranan bagi program video. So ini jawapannya.

Untuk tujuan video editing, saya menggunakan program Adobe Premiere Pro dan Adobe Premiere Elements. Kebaikannya ialah program ini mudah digunakan untuk tujuan cut dan untuk sychronize bunyi. Pergerakan seperti dalam video klip I’m Yours juga boleh dibuat dalam program ini. Program ini juga membenarkan lapisan (layers) yang banyak. Maksudnya kita boleh letakkan gambar di belakang, video di atas gambar tersebut dan mungkin lagu satu video di atas gambar yang sama; mengikut kemahuan kita.

Tapi, kelemahannya ialah program ini (Adobe Premiere Pro, bukan Elements) dikategorikan sebagai alat edit profesional. Maka saya sarankan anda supaya tidak bermula dengan Adobe Premiere Pro. Mungkin boleh Adobe Premiere Elements tapi pergerakan agak sukar dibuat menggunakan Adobe Premiere Elements.

Dan bagi pengguna baru, kedua-dua Adobe Premiere tidaklah begitu mudah dipelajari untuk tujuan video yang lebih kompleks (seperti layar biru, pergerakan, crop). Tapi, untuk tujuan cut dan masukkan muzik, Premiere boleh dipelajari dengan baik oleh pengguna baru.

Daripada page ini, berikut ialah 10 top video editing software:-

1. CyberLink PowerDirector
2. Corel VideoStudio Pro X3
3. Adobe Premiere Elements
4. Magix Movie Edit Pro
5. Pinnacle Studio
6. Sony Vegas Movie Studio Platinum
7. Roxio Creator
8. ShowBiz DVD
9. Corel DVD Movie Factory
10. Power Producer

Saya pernah gunakan Elements, Showbiz dan rasanya CyberLink.

Pengalaman saya mengedit video ialah dengan belajar sendiri-sendiri. Jadi, saya ambil masa yang lama untuk belajar semua fungsi ini dan itu. Jika anda benar-benar berminat dalam video editing, anda boleh cuba-cuba dan dengan semangat yang tinggi, InsyaAllah tiada masalah untuk pelajari cara mengedit video. Jika dapat mencari tok guru untuk tolong tunjuk ajar, itu lebih baik.

Maaf, kerana saya tidak dapat memberi tunjuk ajar secara online untuk mengedit video.

Semoga berjaya.


One Response to “Video Editing”

  1. aLy says:

    biasenye bile kita slalu godek-godek sendiri software tu baru kite tahu sluruh fungsi yg ada dalam tu..
    susah jugak if belajar software dari tok guru, sbb guru kat skola pun ade bende yg beliau nak kite belajar sendiri kan..

Leave a Reply

See also: