define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Update kemeroyanan bola dan networking - Pagi Hari di Durham

Update kemeroyanan bola dan networking

Ini request update dari Kak Nur. Oh, yang merequest update Belum Ku Temu tu, pi baca. Ini post ketiga dalam 4-5 jam. Bila dah free nih, terus terasa nak menulis. Takpe, janganlah terasa terbeban hendak membaca.

Ini update kemeroyanan bola di France, sebelum  bercakap fasal networking

Bola

Orang-orang France tak semangat tengok World Cup disebabkan pasukan France yang katanya tak best. Itu aku dengar dari Myriam kalau tak silap.

Tapi aku sempat berbual dengan sorang budak Selena dari Slovenia. On the way nak ke tempat konferens. Maka topik bola keluar. Bagus jugak aku tahu sikit-sikit, taklah janggal. Dan boleh juga dijadikan modal bersembang. Dia kata diorang kecewa. Sebab Slovenia macam dah okey awal-awal, tapi last-last tak dapat masuk second round. Aku tunjuk rasa simpati. Tidaklah patriotik England seperti Cik Pengurus patriotik pada Korea. Keke. Lagipun aku dengar England punya team sangat teruk.

Semalam, balik dari konferens, aku check Wikipedia, hendak tahu siapa menang – Jerman atau England. Rupa-rupanya Jerman menang. Aku terus check wall housemate aku, mahu baca reaksinya. Sedih ja bunyi wallpost dia.

Tadi aku bersembang dengan Janick dari Jerman. Aku tanya dia macammana match semalam. Dia kata ‘good’. Of course lah good sebab Jerman menang kan? Hehe.

Okeh Kak Nur, itu saja laporan bola untuk kali ini.

Networking

Aku sudah faham networking dalam PhD. Iaitu membina jaringan untuk lain kali nak buat research ke, nak tanya soalan ke. Biasanya kita cari orang-orang yang sebidang.

Tapi somehow, aku rasa tak best dengan istilah networking. Well, fair game kan. Orang pun tak suka jugak dengan sesetengah istilah yang aku guna seperti ‘keji’,  ‘adik ikan’, ‘skandal’, ‘sentap’…

Cuma terasa macam formal sangat. Macam sekadar mahu berkenalan atas tujuan kerja. Perhaps that’s me kot. Aku memang ada perangai memilih sikit bab-bab orang yang nak berkerjasama ni. Anyway.

So, my style is simple. Be friendly, talk both academic and personal.

Pensyarah wanita hari itu setelah berflirting secara tidak sengaja, aku cakap, my name is Lutfi. A bit like luft, the air. Oh, sekarang baru terperasan kenapa nama syarikat kapal terbang itu Lufthansa. I see..

Dan pensyarah tu tanya, macam mana aku tahu luft itu angin. Aku bagitaulah yang aku ada kengkawan Jerman.

Kadang-kadang bersembang dengan pensyarah berpengalaman ni susah sikit. Ada yang jenis sekadar mahu bersembang kalau kita ada benda yang hendak dioffer.

Tapi baru aku tersedar, yang sebaya-sebaya ni lah yang patut berkenal-kenalan. Sebab in 5 or 10 years, semuanya pakat-pakat dah stabil dalam research.

Tadi waktu aku sembang dengan Janick, dia kata dia perasan aku kat Braunschweig hari tu. Oh? Sayangnya esok hari kedua terakhir dalam konferens nih. Tak sangka aku sangat enjoy konferens kali ni.

Tapi, aku mahu balik UK dan plan vacation! Letih dah nih!


5 Responses to “Update kemeroyanan bola dan networking”

  1. WaReMoN says:

    ang mmg patut amik gambar minah lecturer tu..he he

  2. Amri says:

    Tak minah laa Fariz…. ‘akak lecturer’ tuh

  3. K.Nur says:

    Salams,

    Yeah, England team is shite, main macam haper jer, but again, they are against the brilliant Germany. I read the latest news about the France’s scandal, whoaaaaaa, macam2 versions, last2 malas nak ambil tahu, bior ler, dah kalah, ekekkekek.

    Yes, Spain kali ni banyak main tipu plak, but seeing from many perspectives especially ball possessions and attack, rasa2 spain memang deserve to win. Anyway, Ronal do tak buat banyak drama, maturity maturity. Well done the pompous player.

    Takper awak balik nih dah next stage knockout yang sgt mendebarkan, eceh, if you are still bitter ( a little bit) about the Portugal’s loss, let’s root for Germany then ! (if they ever qualify for the quarter!).

    Owh, forgive me, football fever you know. Balik baik2.

  4. Amri says:

    Oh Kak Nur. Tak aci sangat yang kena kad merah tu! Padahal takde apa pun!
    Takdelah bitter. Saja sokong Portugal sebab mamat Jerman tadi sokong Spain sebab dia half Spain. Keke.

  5. aLy says:

    okeh tak baca pun pasal bola tu, terus lompat ke networking

    ade jugak org lain kdg2 ber-networking ni utk amek kesempatan je..
    tahu, kamu bukan begitu ^_^

Leave a Reply

See also: