define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Tadi dalam train - Pagi Hari di Durham

Tadi dalam train

12.43, dalam train. Tiada internet connection, so tulis dulu, nanti pos kemudian.
Betul-betul bersebelahan aku, selang 2 kerusi – pensyarah Jerman yang lepak tengok bola dengan aku dan bebudak Jerman lain semalam. Dia naik train yang sama untuk ke Lyon. So, dah bertegur sapa, so sekarang buat hal masing-masing.

Mungkin dia pun sama gak kot, sebab malas nak bersembang, pakat-pakat main laptop masing-masing.

Ada panini yang aku beli untuk buat bekal tadi. Nantilah tunggu dia turun baru aku makan.

Tadi sedikit sebak pula mengucapkan selamat tinggal pada Philipp. Eh, apsal ayat aku dah macam ayat novel. Ni pengaruh tulis Belum Ku Temu la nih.

Anyway…

Oh, ya. Last time rasa macam ni ~ hmm… always rasa tungging terbalik lepas buat program kat sekolah kak aku. Tapi trip-trip pendek macam ni ~ waktu kat Jepun dulu la kot. Sebabnya dah berbaik-baik dan rapat, pastu entah bila nak jumpa pulak.

Takpalah. Philipp cakap dia turun London Oktober nih. Oh, kawan aku dua orang dari Malaysia pun nak datang London jugak bulan 10. Baru teringat.

Anyway. Sambil berjalan balik ke hotel untuk ambil beg, tetiba aku terfikir.

Make friends, you’ll enjoy life.
Make enemies, you’ll have some drama.
Make both, you’ll have a story.

Keke.


4 Responses to “Tadi dalam train”

  1. aLy says:

    errrr panini tu makanan ape?

  2. wah! hang dh pandai berfalsafah dh! mmg penangan tulis roman nih! huahuahua

  3. Amri says:

    aLy, makanan Italy.

    Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Panini_%28sandwich%29

    Halim, tulis roman tu apa?

  4. WaReMoN says:

    dia tertinggal “tik”

Leave a Reply

See also: