define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Shake it - Pagi Hari di Durham

Shake it

First of all, I would like to say thanks for all of the comments they you have left on my blog. It’s not due to me being busy that I didn’t put on the reply. Just not feeling like replying. Sorry.

Anyway…

Semalam tetiba Sam tanya nak pesan apa-apa tak. Rupanya dia nak ke Tesco. Terus aku ikut sekali. Bukannya apa, kalau dapat ke Tesco dengan kereta, dapat la beli benda-benda yang berat macam jus dan susu. Kalau tidak, bila time aku ke pekan jer yang aku akan beli dan boh dalam beg.

Sekarang ni aku dah pakai telefon Sony Ericsson. Telefon ni aku dapat waktu aku upgrade aku punya pelan postpaid dulu. Lama dah. Waktu Zeah still ada kat sini lagi. Tapi aku still guna Nokia sebab aku dah selesa guna yang tu. Cumanya, minggu lepas sedikit kegeraman sebab bateri dia kong. Indikator bateri pun tak betul. Tetiba dah empty. Tiap-tiap hari kena caj walaupun tidak bergayutan. Apakah?

So, aku guna la telefon Sony nih. About time to use it la.. sebab sebagai ahli The Hujaners, 2 hari lepas dok menggatal jalan dalam hujan. Rasanya aku dah cover phone tu, tapi agaknya kelembapan masuk ke telefon Nokia. So, takpelah. Nasib baik ada backup. Halim, sila sebarkan kepada ahli supaya mempastikan telefon bimbit terlindung ketika berjiwangan di dalam hujan (Mahfuzah, sila ambil perhatian).

Oh, semalam di Tesco, aku pusing-pusing la area barangan eletronik.

Ternampak smoothie maker seperti gambar di sebelah.

[Baca dengan gaya pengiklanan tv] Bukan sahaja kecil dan mudah disimpan, sebaik sahaja buah-buahan dikisar, kita boleh tanggalkan cawan dan letakkan penutupnya, boleh dibawa ke mana sahaja.

Hehe.

Really fit the laziness of me. Sebenarnya guna blender biasa pun boleh, tapi blender yang sedia ada sudah guna buat blender cabai dan bawang dulu. Nanti milkshake perasa bawang pulak.

So, baru kejap tadi aku menerai. Boh milk, boh ais krim vanilla dan boh melon. Buat extra untuk Andy dan Sam.

Nice nice.

Kam, Fiqah! Meh datang try! Takde cop Shakeway lah tapi free. Hehe.


12 Responses to “Shake it”

  1. zeah says:

    Hmmm… interesting…. hehehe.. Nokia aku masih boleh digunakan… dulu aku caj 3 hari satu kali… sekarang bila dah pandai nak bergayutan… setiap hari kena caj… hehehehe…

    The sound of ur milkshake macam sedap je… aku pun nak try lah… hahaha..

  2. Amri says:

    Uh, milkshake … rasa yang bisa meruntun jiwa. I tell you. Hehe

  3. zeah says:

    waahhh….. macam iklan pulak dah…. hehehehe… i really want one…..

  4. WaReMoN says:

    Nokia aku pun setiap hari kena charge, walaupun x gayut..huh, hp baru2 ni semuanya power-drainer..dulu punya seminggu baru charge sekali..

    mak aku beli Shimono, tujuan dia sama gak, tp lebih byk fungsi lagi..selain dari blender, bleh jadi juice maker, nut grinder (mcm sama fungsi dgn blender je..)

    Aku kena cari tepon baru la nmpknya..yg menarik dan bleh tahan lama sket..tensen gak charge setiap hari..

  5. Kak Nur says:

    Ada home delivery to Steavenson St ke?? :P

  6. Kamilah says:

    WHOOOPSS.. TERSALAH IDENTITY! JADI KAKNUR PULAK!!

    I repeat “Ada home delivery to Steavenson St ke??” as Kamilah.

  7. Amri says:

    Fariz, sebenarnya, blender biasa pun boleh. Tapi saja nak posh.

    Kam, wah, identity theft! Lol.

  8. mahfuedzha says:

    “Halim, sila sebarkan kepada ahli supaya mempastikan telefon bimbit terlindung ketika berjiwangan di dalam hujan (Mahfuzah, sila ambil perhatian).”

    tq 4 the advice! tp saya jarang bwk hp time berjiwangan dlm hujan jd masih selamat digunakan sehingga kini… (walaupn kdg2 tgh ckp pn kna cmpk ke lantai bila tgh hang… huhuhu…)

    cdgn: bwk la siap2 plastik kecik utk balut hp ke mana2 pn… nghe3… =P

  9. blubellbloom says:

    how can kam be kaknur! haha. thats fun! shake free! mesti rasa!

  10. Kamilah says:

    Fiqah.. kan my Google Chrome not working (sob sob).. so Im using my Firefox now..

    AND.. last january, they used my firefox to set KakNur’s account to reply in this blog without the alien picture.. and it got saved here..
    udah lama tak guna firefox.. and nak reply pun, tak sedar identity kaknur yang ada kat sini! cis cis cis!

    So, im NOT an identity theft!! no-no!

  11. Amri says:

    Honestly aku tak perasan yang blubellbloom tu Syafiqah. Tapi aku pernah perasan dia punya id tu waktu guna laptop dia. Ish.

  12. Kak Nur says:

    Wah!! Baru terperasan yang tetiba aku plak bagi komen , hahahahha.

    Yah, tetiba terasa macam nak makan aiskrim, dah la kau makan aiskrim Kam, masa spain kalah! Aku tak makan2 lagi…hohohohohoho

Leave a Reply

See also: