define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Knackered - Pagi Hari di Durham

Knackered

Sudah tidur 7-8 jam, tapi di siang hari.

Bangun dan terasa penat. Knackered. Ini perkataan yang aku belajar dahulu waktu di Brunel. Tahir selalu guna. Perkataan lain yang aku belajar ialah ‘jumper’. Iaitu baju panas. Aku takleh relate awal-awalnya. Sebab bila sebut jumper, aku terasa macam melompat-lompat. So, aku terasa macam merujuk kepada kasut. Taak, kasut dipanggil sneakers.

So, I’m knackered. Seriously.

Tapi seperti yang aku beritahu Sam, aku punya housemate, I’m knackered but I woke up with a smile on my face. Oh, itu sebab aku dapat result yang baik dalam eksperimen aku.

Tiba-tiba terdapat idea kelmarin dulu. Semalam cuba implementasi, dan Alhamdulillah, dapat result yang baik. Bolehlah bentangkan kat France nanti.

Konferens ni konsepnya, lepas konferens, baru submit full paper. Dah tu, apa ja yang baru bolehlah dibentangkan. Nanti baru writing dan submit sebelum Oktober.

Badan terasa kepenatan.

Rasa mahu tidur.

Nak segarkan diri dengan milkshake lah. Keke.


7 Responses to “Knackered”

  1. WaReMoN says:

    Hah, aku tido 9 jam ari ni..start kui 6am sebab main Call of Duty 4: Modern Warfare. Tak la story-packed pun, action-packed je lebih..

  2. Nurul says:

    first time dgr conference jenis nii…biasa kiter antar before conference berlangsung…so ms sgt terhad lor…huhu

  3. Amri says:

    Saya pun first time dengar waktu supervisor saya bagitau.

  4. zeah says:

    ahh.. call of duty 4 dah ada?.. wah kenapa aku tak tau… hmmm…. ni mesti pasal tengah asyik dgn kerja sampai lupa benda2 yang lain…. hehehe

  5. WaReMoN says:

    Call of Duty 4 ni supposedly dah lama, sbb skg dah ada Modern Warfare 2 (Call of Duty 4 adalah Modern Warfare 1).

    Zeah nmpknya inclined to war tactics and strategy game?

  6. Amri says:

    Wah, aku tak pernah berminat pun Call of Duty. Tak sangka lak Zeah minat.

  7. WaReMoN says:

    aku pun kurang minat, tapi takde pilihan lain..kwn2 aku plak bising soh beli..aku pun beli la..ha ha

Leave a Reply

See also: