define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Kebap - Pagi Hari di Durham

Kebap

Mahadi, kat sini pun ada yang eja kebab sebagai kebap. Tapi tadi aku dengar sorang mamat Perancis ni order, dia sebut kay-bab.

Kebab – itu makanan rasmi aku kat sini. Entah kenapa tidak mengoogle kedai-kedai makanan Mediterannean. Kena cari ni. Dah terasa sebu dah makan roti ja. Banyak  gak kedai kebab kat sini. Dan so far aku nampak semuanya halal.

Hari kedua kat sini, sekeping gambar yang ada aku pun aku tak ambil lagi kat sini. Bila pergi conference ni, aku malas nak snap-snap. Aku tak tahulah orang-orang Eropah camna, tapi kalau orang-orang UK, diorang tak selalu tangkap gambar macam kita orang-orang Asia. Aku cakap Asia sebab kalau dengan orang-orang Jepun dulu, memang pakat-pakat gila bergambar.

Hari ni tak nampak Ying (yang datang dengan aku). Agaknya dia stay kat hotel untuk siapkan slide kot.

Phillip, mamat dari Vienna pun tak der jugak. So, tidak sempat bersosial dengan ramai orang. Cuma waktu sesi kopi waktu pagi, pensyarah wanita dari Osnabruck tegur aku. Aku bersembang lah dengan dia. Aku ingatkan dia buat Phd. Rupa-rupanya dia sudah professor. So, aku beri compliment. Yup, bukan flirting. Ini bukan kesan menyanyi di dapur dalam Down!

Keke.

avignon1

Ini gambar dari semalam. Sesi awal – diorang buat kat bilik macam dalam Harry Potter tu. Bangunan konferens kitorang dalam Palais des Papes (Palace of the Popes). Gambarnya kat bawah ni. Bawah ni gambar orang berdemonstrasi. Kerajaan nak naikkan umur pencen dari 60 tahun ke 63 tahun (if I’m not mistaken). So, diorang tak puas hati. Sempat aku bersembang dengan Marion (kawan Phillips yang dok kat Avignon), dia bagitau yang puncanya ialah sebab takde tenaga muda untuk bekerja. Birth rate kat Eropah ni memang membimbangkan.

avignon2

Okeh, au revoir


4 Responses to “Kebap”

  1. aLy says:

    mane pic kebab

    mau tengok~

  2. am, hang jd rakyat jelata merlin kah? ke jd harry potter? musti naz jeles. huahuahua

  3. Mahadi says:

    LOL… bila baca tang kay-bab

  4. WaReMoN says:

    ang x amik gmbr dgn minah Osnabruck tu :D

Leave a Reply

See also: