define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Ça va? - Pagi Hari di Durham

Ça va?

Sekarang ni di Avignon. Awal pula bangun. So, nanti mesti ngantuk cepat. Jap nak tengok jadual konferens hari ini.

Oh, ada break dari 12.30 sampai 2.30 petang. Tapi abis pukul 6.30 petang. Takpelah. Jap lagi nak mandi dan pergi cari makan. Aku duduk dekat hotel yang betul-betul berdepan dengan stesen keretapi. Tapi sebijik keretapi pun tak lalu lagi. Dah 7 pagi. Apakah?

Ying dan girlfriendnya Juni dok kat hotel yang dalam 700-800 meter dari tempat aku. Semalam aku dok fikir nama girlfriend Ying sebab aku dah buat mnemonic nama dia. Ah.. Juno (the movie), so Juni! Then I remember.

Penat gak perjalanan semalam sebab kitorang naik flight dari Newcastle ke Paris. Tunggu train 2 jam dan kendian train amik masa 3 jam dari Paris ke Avignon. Tapi kira train laju gila lah sebab jarak Paris ke sini dalam 700km.

Tiket tempah awal, so taklah mahal sangat. Aku amik first class sebab beza dengan 2nd class (advanced ticket) ialah 5 Euro. So, dapat la kerusi yang selesa sikit. Tapi tak berani tido. Takut terlajak.

Anyway.

Blog sudah diperbaiki. Hopefully problem adware sudah tidak muncul. Kalau muncul lagi, maksudnya dia sudah attack database. Pening kepala lah itu.

Make sure sudah tengok video Down. Kalau sudah, sila play lagi. Kalau tak nak dengar, play lagi, tapi biar mute. Mari increase counter hits!

Behind the scene of Down

Hafidz biasanya taklah segangster itu di depan camera. Tapi agaknya malam itu sedang menghayati plus kalau tidak acting dengan baik, maka akan makan lebih lambat, so dia pun terus feeling.

Pardon for my dancing. Enuff said.

Idea untuk buat kat dapur ni datang hari tu lagi. Cuma nak tunggu implementasi ja. The way it came out – just the way I imagine it actually.

Setiap perenggan dirakam dalam 2-3 kali dengan aksi yang sama. So, potong bawang, rangkap awal. Rangkap tengah, persediaan ayam. Rangkap akhir, goreng nasi. Awal-awal Hafidz rakam either muka atau bahagian tangan (tengah potong bawang). So, aku minta dia include half ke atas supaya nampak lebih real.

Makanan yang dimasak boleh dimakan yek. Oh, ayam goreng cooked perfectly (in my definitionlah)

Sudah dengar lirik rap?

Aku tak bagitau Kam dan Syafiqah yang Hafidz akan include dalam video ni. So, aku pun tunjuklah kat diorang. Ada video reaksi diorang surprise bila nampak Hafidz. Nanti-nanti aku upload.

Aku cakap, Hafidz, habis la nanti orang-orang Brunei perasan ko. Menurut apa yang digambarkan oleh orang-orang Brunei, diorang ni macam kenal satu sama lain senegara sebab kecik. P.S: Orang-orang Brunei, Hafidz sudah potong rambut, so rambut dia pendek. Sila tegur kalau jumpa. Dia dah kat Brunei!

Oh, perasan tak goreng nasi guna periuk buat sup? Ataupun sebenarnya periuk nak rendam spageti. Tu la yang aku cerita dapur aku yang advanced terlebih tuh. Periuk kena steel ja, so belanga lama aku untuk goreng nasi takleh pakai. Kalau perasan, bolehlah nampak yang kawasan heating tu rata ja sebab electric-based.

Okeh, dah 7.30. Ciao. Eh tak tak. Au Revoir


9 Responses to “Ça va?”

  1. WaReMoN says:

    mantap siot part rap ang..isk3..

  2. tulip says:

    Ça va bien!! hehehe

  3. Amri says:

    tre bien!

  4. aLy says:

    saya misti tergelak stiap kali tengok video ni
    sebab ape ye~
    :p

  5. balqis says:

    great video :) taktahan sudip tu, haha X)

    tertanye-tanye, knapa msti down di dapur? :P

  6. slumber says:

    lirik n part rap best..

  7. johnna says:

    haha..dah macam program muzikal masak memasak.comel!!

Leave a Reply

See also: