define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); BBQ - Pagi Hari di Durham

BBQ

Bangun dah lewat. Taklah terasa sangat nak pergi BBQ kat Ustinov hari ni, tapi aku gagahkah diri pergi juga sebab saja ~ bosan.

Taklah. Sebenarnya nak pergi town sebab nak amik package kat pejabat pos, so dah mandi, pakai baju, boh gel rambut suma, pastu tersedar tak sempat sampai sebelum Post Office tutup. So, disebabkan sudah dress up ala summer, maka aku pun buat keputusan untuk pergi ke BBQ.

Memula macam keseorangan. Terus teringat BBQ Ustinov 2008 waktu aku baru sampai. Waktu tu ada banyak gak bebudak Malaysian kat Ustinov termasuk Puteri, Hairi dan Kak Nur pun still kat Ustinov waktu tu.

Tapi, aku decide untuk just go with the flow. At least dapat makan free.

Sekali jumpa aku punya rakan seperguruan, Ying. Dia dengan girlfriend dia Juni. Memula aku ingatkan Julie. Rupanya Juni. So, mnemonicnya, aku akan ingat Juno (the movie) and change it to Juni.

Gambar dengan Ying. Macam bermotif biru pulak.

Pastu aku jalan-jalan dan jumpa aku punya housemates. Lepak makan dengan diorang (aku jer makan, diorang dah makan). Oh, diorang sediakan daging halal, so senanglah.

Jumpa pulak dengan aku punya ex-housemates Sutton Street, Amir dan Ryugo.

Dan pastu tetiba ada mechanical bull dalam bangunan Fisher House. Aku apa lagi – terus try. Dalam otak aku, ala-ala sudah bajet mampu bertahan lama. And keke, 34 seconds – quite a good record sebab ada satu part yang memang dia pusing kuat, tapi aku tak jatuh.

Tapi turun-turun, terus pening sikit, dan kaki kiri aku ada scratch. Oh, let’s do code word here – you know when you are on the bull, and you are guys, benda tu berpusing-pusing – You know – ouch. Pedih.

Oh, sila tengok video sebagai bukti. Hehe.

Pastu aku melepak dengan Fizah dan Syafiqah sebelum balik ke rumah.


One Response to “BBQ”

  1. WaReMoN says:

    Aduh..tgk pun dptku bygkan perasaan ang..

Leave a Reply

See also: