define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Apakah - Pagi Hari di Durham

Apakah

Ada script serupa adware ditambah dalam index.php fail di blog-blog aku. Hasilnya, tetiba blog tidak loading. Aku terpaksa delete, dan upload semula fail-fail yang diattack.
Apakah?

Tidak tahu ini salah dari komputer aku ataupun salah server.

Kalau salah dari komputer aku, banyak sangat kemungkinannya.

Sigh.

Penat.

Dahlah jadikan blog sebagai tempat luahan rasa.

Bila tetiba tadi nak menulis, dan tak dapat menulis, tension jugak.

Ai..

Tadi aku turun pekan sebab roti dah habis. Dah turun pekan, pergi gym sekali. Sempat jumpa ex-housemate aku Amir dan sorang budak Malaysia ini. Aku lupa nama dia. Ish. Baad. Nak tanya sekali lagi, sudah pass the moment. Tak apalah, dia sudah mahu habis. Cuma aku harap dia tak baca blog aku ini. Kalau tidak sangat rude. Well, it would actually be less rude if I do not type it here at the very first place. But well.

Balik dari pekan, hujan turun dengan lebat. Cat and dogs lah kiranya. Untuk skala UK, dikira lebat. Untuk skala Malaysia, kira separa lebat.

Tetiba teringat blog Halim fasal hujan. Terus aku tak rasa nak amik payung dalam beg. Maka aku redah hujan tu sambil berjiwangan.

Halim, maybe kita boleh buat kelab untuk orang-orang yang suka hujan. Aktivitinya ialah melepak dalam hujan, kalau tidak disertai guruh dan kilatlah. Aku cadangkan Halim sebagai Pengurusi! Hehe.

Tambahan:

Sorry, sebab bila korang klik tadi, dia takleh masuk page untuk tinggalkan komen.

Itu bukan masalah adware. Ceritanya ialah fail .htaccess

Aku tak upload fail tu, so that’s why ada problem.


3 Responses to “Apakah”

  1. WaReMoN says:

    Wahahaha, lupa nama..besala..dah last minit baru aku tanya :D

  2. mahfuedzha says:

    owh… rasa mahu join kelab tersebut! sudah lama cari orang yang kelakuannya sama dengan saya bila jumpa hujan… jalan slow2 sambil biar hujan titis atas muka… best!
    =P

  3. ya, sebagai pengurusi kelab, ku maw kita fokus kepada kebarangkalian ntuk menerjah pasaran hujan batu.

    marilah kita mengukuhkan ukhwah ntuk lepak dalam hujan batu. itulah sasaran kita.

    selepas itu, hujan emas di negeri orang.

Leave a Reply

See also: