define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); 4 pagi - Pagi Hari di Durham

4 pagi

Wah, dah 4 pagi. Tapi tak tido lagi. Takleh tido pulak. Bad bad.

Oh, blog ini. Entahlah. Tetiba tadi ada report kata ada problem. False report kot? Sebab aku check takde menatang apa pun. Maybe sebab hari tu punya kes. Walau bagaimanapun, sila pastikan anda download Antivirus dan sentiasa update. Ni bukan untuk page ni ja. Untuk semua page yang maybe kena badware attack. Google punya istilah – badware.

Baru chat dengan seorang kawan aku yang baru kahwin.

Aku tulis

aku takkan tanya soalan tipikal melayu seperti bila nak dapat anak
aku nak tanya berapa puluh orang dah tanya soalan tuh?

Dia jawab, tak terkira.

Okeh, kalau aku kahwin nanti, aku akan kira berapa puluh kali orang tanya dalam tempoh sebulan pertama. Oh, okey jugak. Aku nak mula simpanlah dalam phone berapa kali orang tanya ‘bila nak habis study’ dari saat ini! Hehe.

On the other hand, aku akan ke Paris pukul 12.30 nih. Bermalam semalam kat sana dan naik flight balik Newcastle keesokan harinya.

Japgi ada lagi sesi waktu awal pagi, tapi sayangnya satu sesi yang aku benar-benar nak attend, terpaksa aku miss sebab nak catch train.

Oh maan, I love this conference. A LOT.

Pertama sebab banyak orang-orang popular kat sini. Paper-paper diorang dah pernah aku baca, so bila jumpa face to face, terasa kaget sekejap. Er.. agaknya macam kalau follower Youtube berjumpa aku la kot efeknya (ahaks). Kalau Mahadi jumpa aku, takdelah dia nak hairan apa pun kan.

Kedua, making friends! Sebenarnya seronok making friends dalam keadaan aku ni seorang researcher baru. Sebabnya aku tahu yang aku sangat kerdil dalam kalangan researcher-researcher yang dah post doc, yang dah beberapa tahun selepas post doc; so bila diorang be nice, I feel appreciated. Tadi aku melepak dengan bebudak Jerman – Janick, David, Jan dan 2 orang lagi yang aku lupa namanya (satu tak tahu) serta lecturer diorang yang bernama Kai. Sekali Kai ni tahu aku punya supervisor.Tapi serious nervous bila dia tanya fasal research aku.

Oh, tadi tengok bola dengan diorang. Aku sokong Portugal sebab Spain awal-awal macam main kasar. So, sedikit kecewa sebab Portugal kalah. Sigh. Oh, ni first time tengok full match.

Ketiga, aku bersemangat waja dengan research aku kat sini. Motivasi dijana.

Keempat, aku sudah masukkan France sebagai senarai hijau aku. Negara-negara yang disenarai merahkan ialah Italy. Sebab orang-orang dia kasar dan tak berbudi bahasa. Orang France, meskipun tidak tahu bercakap Bahasa Inggeris, sekali pun diorang tak kasar dengan aku.

Okay lah. Mahu subuh, tidur sekejap, pastu pergi sesi last. Ah.. berjalan sorang2 nanti kat Paris petang nanti. Ala, kalau penat, tido jerlah kat hotel.

avignon7

Gambar dengan Ying kat depan Palais des Papes.


4 Responses to “4 pagi”

  1. mahir says:

    tapikan saya selalu juga tanya soalan tu (pada kawan2 yang dah kawen) kalau lama xupdate cerita (sbb tak tahu nak borak apa haha). kalau yang selalu bergosipan, memang tak la tanya.

  2. aLy says:

    ohh idea bernas!
    nak kire jugak la
    “bile abes blajar ni?”
    “lagi brape lame nak abes ni?”
    dan soalan maut ni
    “bile nak kawen ni?”

    adehhh
    tak syiok sungguh soalan cam tuh

  3. WaReMoN says:

    kalu org yg jarang contact bleh la tanya soalan tipikal tu, kalu yg selalu jumpa dan berckp tanya soalan tu mmg membosankan..

    aku pun dok kena gak weh, soalan yg biasa, “bila nak kawin” :D

  4. mahir says:

    selalu jawab apa?

Leave a Reply

See also: