define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Undi - Pagi Hari di Durham

Undi

Semalam aku berjaga lagi. Pukul 8.30 pagi aku turun dapur sebab lapar. Sam turun dapur sebab baru bangun. Dia kata, ‘you wake up early!’

Aku cakap, ‘er.. I haven’t been sleeping’.

Andy tahu lepas itu. Housemates baru aku sangat mengambil berat. Aku beritahu Hafidz, dah begitu lama aku buat hal sendiri dan tak mereport. Ini first time yang housemate aku ambil tahu ini dan itu. Takpe, I don’t mind the attention. Hopefully.
Sekarang ni tengah meriah kat bawah tu. Sebab diorang, girlfriend Andy dan adik Andy dan kawan adik dia tengah melepak depan tv, tunggu result pilihanraya umum UK. Tetiba rindu time kat Malaysia.
Sebab time pilihanraya jer yang ayah aku dan aku akan berjaga depan tv tunggu result sampai agak lewat malam. Kalau abang aku ada, dia join sekali. So, kinda miss that moment.

Oh, kitorang tak tengok bola, so takde adegan bangun tengah malam tengok tv. Ayah aku pun tak, dan abang aku pun tak. And thanks God kak aku pandai cari husband yang juga tak tengok bola dan tak bercakap fasal kereta. Kalau tak sengsara kehidupan. Sengsara kehidupan akulah, bukan kehidupan dia.

Aku bagitau Hafidz sekali lagi fasal cerita Anuar (tapi tak sebut nama). Dulu waktu kat sekolah menengah, aku rapat dengan Anuar. Tapi Anuar ni sangat passionate fasal automobile. Tapi aku bagitau dia, ‘Anuar, boleh tak jangan cakap fasal kereta depan aku’. Hafidz, hearing that story, feel like my bluntness is keji. Haha. I know. But that’s what I do to my friend. Better talk about something else, and appreciate it rather than talk about stuff I don’t fancy and … feel weird about it.

Tadi bersembang fasal pilihan raya UK dengan Abang Amir. Kitorang noticed yang kat sini takde gantung-gantung banner. Sangat bagus sebab tak waste dan tak semak kemudiannya. So, saranan kepada ahli-ahli politik (as if they read my blog), apa kata pilihan raya, kita tak yah gantung banner banyak-banyak. Lebih mesra alam dan jimat

But hey, orang Malaysia suka meriah-meriah ni. Lagipun nanti takde upah gantung bendera pulak. Keke.

I was telling Mahadi, ‘ala.. takde gantung-gantung bendera kat sini, kalau tak boleh aku amik upah’. Well, as if I would do that. Hehe.


One Response to “Undi”

  1. WaReMoN says:

    Heh, kt Malaysia x gantung banner? Unlikely, kalau sorg start x gantung banner, yg len x semestinya ikut..but it’s a good start, if he wins :D

Leave a Reply

See also: