Tasaday

Tiba-tiba teringat fasal perbincangan dengan Mahadi tentang orang Tasaday di Filipina. Hehe, kitorang punya topik kepelbagaian. Dari cerita-cerita zaman muda remaja, gosip fasal kawan itu dan ini yang dah bertunang, Friends (the tv-show), Dik Cerdas, juga sedikit topik-topik ilmiah seperti ini.

Orang Tasaday.

Sebab hari tu Kam ada sekali, so tetiba cerita berunsur sejarah keluar.

Orang Tasaday di Filipina itu tidak wujud sebenarnya. Aku terkejut. Betulkah? Bukan dulu ada belajar dalam sejarah?

Yup, kalau tak silap waktu Tingkatan 1 atau 2. Tu waktu 1997 atau 1998 (giler lama, dah tua aku).

Apa ceritanya?

Dikhabarkan (gituh) orang-orang Tasaday ni sebagai orang zaman batu yang masih lagi hidup sampai zaman sekarang. Tapi sebenarnya, tipu semata-mata (orang putih panggil hoax). Diorang ni sebenarnya orang-orang tempatan yang disuruh menyamar sebagai orang batu. Bleh baca wikipedia untuk lebih lanjut.

Bilanya diorang tahu?

Tahun 1986.

Aiyo, buku sejarah tak update ke?

Aku google internet. Oops, salah. Dalam buku Form 4 rupanya. So, tahun 2000.

Rupanya SPM Tahun 2000 pun ada lagi fasal orang Tasaday.

…question 7(b) of the recent History paper 2 SPM Examination, which reads: Orang Tasaday yang ditemui di Filipina pada tahun 1967 masih mengamalkan cara kehidupan zaman purba. Jelaskan cara kehidupan mereka.

So, adik-adik pembaca yang di sekolah menengah. Check jap buku Sejarah SPM. Ada lagi tak fasal orang Tasaday? Ke dah delete.

Kalau dah buang, baguslah, saya ini generasi lama yang belajar orang Tasaday itu benar lagi nyata:)


2 Responses to “Tasaday”

  1. Kamilah says:

    wahh boleh “like” lah! cool!

  2. 76Princess says:

    Hello admin, i must say you have very interesting articles
    here. Your page should go viral. You need initial traffic boost only.
    How to get it? Search for; Mertiso’s tips go
    viral

Leave a Reply

See also: