Sepoi-sepoi

Baru pukul 12 tengah malam. Tapi terasa ngantuk pulak.

Aku tutup mata, dan aku tiba-tiba terasa macam duduk kat luar rumah kat Merbok, time-time malam waktu balik dari Terawih.

Boleh dikira panas jugak la sekarang ni. Petang tadi cecah 23 darjah. Dah 2-3 hari macam ni. I don’t mind if it lasts longer. Boleh jimat gas sebab tak buka heater, dan takyah pakai baju dalam bilik. Jarang dapat peluang macam ni kat UK.

Maybe this is how it should be here. Mungkin jugak pemanasan global.

Sebab summer waktu aku kat London, juga summer waktu aku first year kat Durham – mana ada panas-panas macam ni. Time mak dan ayah aku datang dulu ~ still diorang kena pakai baju tebal sikit kat dalam bilik.

Anyway..

tadi Andy tiba-tiba tanya, ‘banyak storm tak kat Malaysia?’ Storm ialah apa? Ribut kan?

Dia cakap dia suka storm. Bunyi kentum-kentam tuh dia suka (bunyi guruh).

Ok…

Kat UK takde ribut kuat macam kat Malaysia. Tapi kalau cuaca panas camni, ada potensi la, cuma still tak kuat macam kat Malaysia.

Aku bagitau, pernah sekali guruh sabung menyabung (waktu aku kat Harapan), aku giler takut.

Tetiba dia excited. Dia teringin nak alami situasi tu.

Hmm.. boleh ke aku balik Malaysia dan appreciate tatkala guruh menggegarkan bumi?? Perhaps not, but next time I’ll be thinking of him when I heard it.


3 Responses to “Sepoi-sepoi”

  1. Pingu Toha says:

    perlu ke citer pasal bukak2 baju tu? lucah sangat! huahuahua

  2. WaReMoN says:

    cerita dalam rumah, xpa ja..

    Andy suka guruh? pelik tu, hahaha..soh la dia mai tido rumah ang bila ramalan cuaca ckp ada ribut, bleh dia merasa sket :D

  3. Lutfi Amri says:

    Nanti dia abis Phd aku ajak

Leave a Reply

See also: