Rumah Baru

Oliver Place. Itu nama rumah baru aku. Bukan street. Bukan avenue. Bukan jua road. Oliver Place.

2 orang housemates aku bebudak PhD Maths. So, terasa macam masuk balik dalam suku.

Tadi, waktu nak registerkan MAC number dalam router internet, perbualannya berbunyi begini. Terjemahan.

‘Eh, yang lain-lain mula dengan nombor. Kenapa yang ko huruf pulak’, kata Sam pada aku.

‘Er..’, aku blur.

‘Oh, rasanya yang ni guna hexadecimal. Jadi, tak kisahlah nombor atau angka, masih lagi sama’, Andy mencelah.

Keke. Aku tersenyum dalam hati. Dah lama tak dengar istilah-istilah matematik digunakan dalam kehidupan seharian. Selalunya, kita akan just cakap, ‘mungkin dua-dua pun boleh’.

Anyway. Both of them are cool so far.

Bilik ini pun luas, jadi ada ruang nak solat. Bilik lama, nak solat, kena tolak kerusi masuk dalam meja, kalau tak terbeghetoh (tersentuh).

Dapur pun luas. Bilik air pun luas (walaupun Hafidz mempersoalkan apa guna bilik air luas-luas). Oh, sinki pun besar, so boleh amik wudhuk kat situ (dan kendian angkat kaki masuk dalam sinki). Oh, jangan tidak tahu. Biasa ja kitorang kat sini buat macam tu. I guess boys la kot. Girls tak kot. Nak tahu yang tu tanya Zeah secara peribadi.

Anyway.

Oh, tapi jauh sikit la dari town. Takpelah. At least dapur besar, so aku sudah ada semangat balik untuk masak. Walaupun Sam tak basuh pinggan, masih ada lagi ruang yang boleh digunakan. Bukan macam rumah lama. Pinggan tu kalau berjejek kat luar, bukan main lama lagi. Habis takde ruang nak guna buat potong-potong sayur ke.

Anyway.

Tadi pergi solat Jumaat, aku naik bas. Sebab dah bertolak pukul 1, nanti tak sempat lak sampai.

Sampai-sampai pukul 1.15, diorang tak start lagi, amik wudhuk kul 1.19 dan Hafidz tegur, ‘eh, awal sampai’. Tetiba teringat Mahadi pon pernah tegur macam tu waktu kat USM.

Aku cakap, ‘eh, biasa ja’. Bukan merujuk pada biasa sampai awal. Tapi pada biasa ja sampai time tu. Cuma sekarang ni diorang tak start awal sangat.

Kat USM pun camtu. Bila Zohor masuk dalam pukul 1.10 camtu, aku sampai time dah nak mula khutbah.

Kalau Zohor masuk dalam 1.30, aku pun dikira sampai awal.

Hehe.

Dah lapar. Nak turun makan:)


3 Responses to “Rumah Baru”

  1. zeah says:

    ambik wudhu dakam sink…. boys je kot…. but then…. u and mahadi once said that im one of the boys… hehehe… jadi adakah girls ambik wudhu kat sink?…. kena tanyalah siapa2 yang patut…. hehehehe..

    Waahh… seronoknya…. kalau berkesempatan… boleh lah aku lepak kat rumah ko ye lutfi… pastu boleh buat video clip… hahaha…. nak jugak aku kan…

  2. Kamilah says:

    aku nak tengok rumah baru!!!

  3. Lutfi Amri says:

    wah, semangat zeah!

    Kam, jemputlah datang. Tapi kena jalan jauh sikit la

Leave a Reply

See also: