define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Kicau - Pagi Hari di Durham

Kicau

Terdengar kicauan beburung, makan entri ditajukkan ‘kicau’

[Entri ini mempunyai unsur-unsur lucah seperti yang digariskan oleh Pingu Toha]

Bestnya 2-3 hari ini. Panas. Sidai baju pun kat bilk kaca kat luar. Sampai ke saat ini aku tak dapat recall apa istilahnya. So, panggil jer la bilik kaca.

Kalau masuk kedai-kedai baju, dah takde dah baju-baju tebal. Dah mula ada baju-baju untuk summer. Bila kat Malaysia pun nak buat juga summer fashion, ape ke hal? Dah summer sepanjang tahun kan?

Bila tiba musim panas, maka ramailah yang akan bergulingan di atas rumput. Orang-orang lelaki, kalau drive kereta, ramai jer yang tak pakai baju sebab panaslah kononnya. Okay la, to be fair, panas la bagi diorang yang bukan berasal dari negara khatulistiwa macam kita kan. Plus, kebanyakan kereta kat sini takde airconditioner. Dia ada heater jer. Tapi perasan tak, kereta kat Malaysia ada sebenarnya banyak gak ada fungsi heater, tapi takde sapa gatal nak boh la kan. Kalau gatal pulak nak shirtless sambil drive sebab katanya panas ~ and perhaps working on my tanned ~ sudah pasti dikatakan buang tebiat.

Oh, takde gambar-gambar musim panas. Nanti kang bawa kamera menangkap-nangkap gambar, tertangkap gambar-gambar orang-orang berbaringan pulak. Keke.

Oh, setelah hampir 2 bulan bermain (selepas 36 jam dan 21 minit masa bermain – kan ke bagus kalau time ini dispend untuk research), akhirnya telah berjaya mengalahkan Elite 4 dan Champion. Dari kiri, Noctowl, Dragonair, Starmie, aku (keke), Togekiss (evolved guna Shiny Stone amik dari Pokemon Platinum), Onix dan Typhlosion.


3 Responses to “Kicau”

  1. WaReMoN says:

    Mainlah Batman: Arkham Asylum :D

    Ala weh, ckp je bukak baju..bukan tunjuk gambar pun..x kira lucah lagi tu XD

  2. Lutfi Amri says:

    Haha.

    Tanak main Batman. Aku tak suka Batman

  3. Pingu Toha says:

    HAMBOI!

    tiba2 kelucahan menjadi isu dan ku dijadikan standard. huahuahua

Leave a Reply

See also: