define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Have It All - Pagi Hari di Durham

Have It All

Tengah mendengar lagu AJ Mclean – Have it All. Jap, nak cari kalau ada kat Youtube.

Apelah, takde lak versi yang ada lirik.

Oh,on the side-note, aku punya lagu ada plak yang rajin boh lirik.

Anyway.

Lirik lagu di atas best di sini

‘Cause everybody walks alone
Feel like you don’t belong
if only you try
then you can have it all’

Aku dok dengar AJ Mclean punya album, which half is good, and half is not my type. Aku punya favourite song ialah London. Maybe sebab dia sebut London kot. Aku dah suruh Aaron Tomberlin buatkan piano track untuk lagu nih. Nak buat cover version, tapi bukan translated version. Ini dinamakan inspirasi.

Mungkin jugak kerana sedang kenyang. Cadangnya mahu ke gym. Tapi hari Ahad, gym tutup pukul 7.30. Hari weekday tutup kul 10.30. So, malas nak gym. Tambahan pulak timbang berat badan = 58.1kg. Dalam 4-5 hari lepas masih mantain 58.5kg. Maka, aku decide untuk lepak di bilik dan makan.

Itu sebab tadi order beriyani. Order beriyani ni, duitlah habis sikit. Tapi takpelah, sekali sekala. Lagipun parents aku sangat support bab-bab makan. Kalau nak spend duit untuk makan, diorang tak kisah. Of courselah dalam definisi diorang, tak termasuk bebenda yang tak mengenyangkan tapi caj giler-giler.

Itu sebab aku tak pernah pergi Starbucks dan seangkatan waktu kat Malaysia dulu. Yelah, dengan duit yang sama, bleh makan kenyang di McD atau KFC. Of course kalau ikut parents aku, dia akan suruh makan makanan yang lebih sihat. Tapi makanan Malaysia ada yang ‘sihat’ ke? Kedai mamak lagi tidak menyihatkan.

Aku cerita kat Hafidz itu hari, aku tak berani masuk Starbucks dan seangkatan di Malaysia dulu. Cuma sejak sampai kat UK jer. Sebabnya rega coffee kat kafe universiti pun 1 pound atau hampir ke 2 pounds. Selepas beberapa bulan kat London dulu, barulah aku tertahu yang rega coffee kat Starbucks etc pun dalam macam tu jugak. So barulah berani masuk.

But still, it is expensive though, for a coffee. Henry, ex-flatmate aku kat Brackenbury dulu memang kata dia tak masuk kedai-kedai macam tu sebab overpriced. Kitorang kat sini ~ biasanya jadikan kedai kopi nih sebagai tempat melepak la. Tak banyak sangat option untuk melepak-lepak kat sini.

Hafidz bagitau aku yang dia tertekan sekarang nih sebab matahari terbenam lewat sangat. True. Dalam pukul 9, baru la matahari terbenam. Aku okey jer. Bila awal matahari naik, Zohor pun makin panjang. So, kalau terjaga lewat pun, masih ada Zohor.

Adik-adik, sila jangan contohi perangai ini yer. Tidurlah awal dan bangunlah awal.
(Boleh? Ketam mengajar anaknya berjalan lurus sangat kan??)

Zeah, sila dengar lagu ‘London’. Ada terindu kat London tak? Keke.

Oh, talking about that, aku suruh Zeah dengar lagu ‘Teenage Wildlife’ dan sebab video klip dia ada orang pakai costume menatang, so aku dah agak Zeah akan bagi respon ‘aaah, cute nya’

Then she said ‘waaaahhhhhhhhhh memang cute sangat!!…. and you lutfi.. stop predicting what im about to say!!!!…..I hate it when u get it right!!!…. hahahaha…’

Well, I know them well. Them including Kam. Hari tu aku suruh Kam cari hostel kat London waktu trip London kitorang. Kam replied ‘ok’, and I said, ‘I know that “okay”! It meant that you are saying yes but you probably wont be looking for it coz you dislike doing it!’ I said something like that.

Well, to be fair, once we know our friends, we kinda know each other aite?

Aku dah beli basikal dan cakap dengan Hafidz. ‘Nak kena beli helmet nih’.

‘Apa pakai helmet, nanti rambut rosak!’

He knows me well. Hehe


4 Responses to “Have It All”

  1. WaReMoN says:

    Ah, you haven’t seen my hair..wait until my next payroll, aku post kt blog aku :D

  2. cikawin says:

    usually, i roll to the end of your posts first before i read them.. sbb, almost always there’s something for a ‘haha..am ni..’ there. all this while, saya diamkan aje.. :)

  3. Lutfi Amri says:

    Fariz, kenapa kena tunggu next payroll??

    Awin, mengelat tuh namanya

  4. WaReMoN says:

    sbb next payroll punya tarikh mmg cukup 6 bulan aku x potong rambut sejak2 balik dari Australia..wahahaha :D

Leave a Reply

See also: