Facebook

Aku jarang-jarang tulis kat wall Facebook. Sebabnya, senarai friends dari bermacam jenis. Dari kawan-kawan rapat, family, anak menakan, orang-orang Durham, anak-anak orang-orang Durham, orang-orang yang aku kenal di konferens, kawan-kawan sekampung, skandal, etc. Maka tidak boleh meroyan di sana.

Segan jugak nak menceritakan perkembangan video-video Youtube di situ. So aku hanya aktif di Facebook yang ini. Maka, kalau ada sesapa yang terjumpa Facebook yang main, dan aku tak kenal – tak nak add. Sombongnya En Lutfi. Hehe.

Baru semalam mereport kepanasan, tup tup suhu pun turun. Tapi on the way balik dari city, aku still pakai baju selapis sebab berpeluh sebab berjalan. Oh, I’m not a sportsguy – so aku jarang berpeluh.

And people asked me what kind of sports I play. I said – I don’t do sports.

Aku mahu salahkan style PJ di sekolah dulu. Waktu kat Perak, kitorang main macam-macam time PJ.

Tapi kat Kedah, asyik-asyik main bola. Bila time main bola, aku akan dok atas padang dan berlari ke arah berlawanan bola supaya aku takyah tendang. Ataupun duduk di tepian padang sambil berdiskusi fasal Power Rangers.

Aku hanya join betul-betul kalau time main hoki! Reason: Aku suka sports yang guna upper body dari lower body. Tu sebab aku enjoy main rounders waktu kecik-kecik, still enjoy main bowling, excited mencuba main bola keranjang waktu kat Bakti Permai dulu dan main hoki dengan bersungguh-sungguh (walaupun hampeh) time kat sekolah.

Kalau ada cikgu-cikgi yang baca blog ini (walaupun I doubt it), sila pastikan PJ itu bervariasi. Asyik bola jer apahal? (Emo tak tentu arah). Yerlah, kalau diasuh dengan badminton etc ketika di sekolah menengah, sudah tentu badan sudah tough sekarang (gitulah kesimpulannya kan?)

Anyway, ini entry 4.34 pagi. Sila abaikan jika terover.


5 Responses to “Facebook”

  1. Nurul says:

    oooooooo, sombongnya INCIK LUTFI..hahahaha

  2. WaReMoN says:

    tu la, sekolah aku pun asyik bagi bola ja..aku pun tensen..kalu badminton ke, baseball ke, softball ke, ok la gak..sampai last2 aku screw up masa main bola, aku stop terus dan join kwn2 aku di tepi sambil membuat kerja rumah :D

  3. Lutfi Amri says:

    Aah. Aku suka pengakuan ini. Mungkin kita menjadi skema disebabkan itu kot. Hehe

  4. WaReMoN says:

    Tu la2, bukanlah kesalahan kita kalau menjadi skema..salahkan sekolah yg salah mengajar waktu PJ!!! Yeahh~~~~ XD

  5. nur ariff.. says:

    sokong sangat2..bola bola bola..bosan betul..

Leave a Reply

See also: