define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Duvet - Pagi Hari di Durham

Duvet

Pukul 4 pagi lebih semalam, aku turun ke dapur. Kotak-kotak dan plastik barang-barang aku masih lagi kat situ, tak susun-susun lagi. So, tetiba terasa ada semangat mahu menyusun barang. So,dah  sort abis dah suma barang-barang nak guna masuk dalam kabinet atas microwave. Semua barang tak guna, masuk dalam stor.

Oh, nak kena bawak keluar ikan bilis, nanti terlupa nak guna pulak. Cuma ada sesetengah barang makanan, sambil menangkut hari tu, aku cakap kat Hafidz, ‘ni Rosmin la beli nih. Nanti kang Rosmin balik bulan 10 nih, mesti ada lagi benda-benda nih’. Sebabnya itu hari aku sudah malas masak.

Tapi sudah dapat inspirasi baru di rumah baru. Aku pindahkan tong sampah yang – pijak guna tapak kaki, dia terbukak tu – dekat pintu keluar, dekat dengan sinki. Petang tadi, aku bagitau kat Sam, aku pindahkan ke sini supaya kalau tengah masak-masak, pastu nak buang, senang untuk pijak. Dia bagi reaksi ‘oh’, seperti dia tak tahu.

Petang tadi aku sarungkan sarung duvet ke dalam duvetnya. Sebenarnya sarung duvet nih dah basuh sejak 2-3 hari sebelum pindah. Tapi, still tak sarung-sarung lagi. Aku memang tak suka nak sarungkan duvet. Susah. Rasa panas hati. Rasa nak menyebai. Dulu waktu kecik-kecik, mak aku pernah suruh kemas katil, boh cadar suma. Aku mesti menyebai rasa nak nangis sebab susah nak tarik. Nasib baik waktu kat KMPP diorang kasi cadar yang boleh selit-selit tuh. Plus KMPP tak der check bilik, so boleh dibiarkan bersepah.

So, duvet yang Rosmin tinggalkan aku lapik kat bawah, di tambah dengan lembek yang memang sedia ada kat sini – wah, macam cerita Princess and The Pea, harus susah bangun subuh Zohor. Tiada istilah bangun subuh sekarang ni sebab tak tido pon sampai waktu subuh. Subuh masuk 2.37am hari ini.


5 Responses to “Duvet”

  1. SeMiN says:

    wehh…masak bagi habis sumer..kang expire lak barang2 makanan tuh huhuhu

  2. Lutfi Amri says:

    Weh, ikan yang beli time Kak Zila ada pon ada lagi. Boleh guna lagi ke ek?

  3. SeMiN says:

    boleh…… dok dlm peti sejuk beku…. 4 th pun boleh pakai hehehe

  4. If you’re reading this, you’re all set, pardner!

  5. four unique says:

    Geez, that’s unbelievable. Kudos and such.

Leave a Reply

See also: