define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Dua - Pagi Hari di Durham

Dua

Dua benda nak cerita sebelum tido. Part 1 – ringan. Part 2 – untuk orang-orang yang minat komputer sahaja. Kalau tak minat, sila scroll terus ke bawah.

Part 1

Semalam aku call kawan aku. Beritahu dia ‘gadis dari masa silam’ mengunjungi aku dalam mimpi. Sekali dia bagitau yang ‘gadis masa silam’nya juga mengunjunginya dalam mimpi, pada waktu yang lebih kurang sama. (Time aku tido ~ pagi, dan kawan aku pon tido waktu tu)

Wah. Kebetulan yang menarik. Ada sesapa lagi bermimpi yang sama?

Part 2

Tadi buang virus dari komputer housemate aku, Andy. Ah, dulu pon buang virus yang lebih kurang sama dari komputer Andy Brackenbury. Mahadi baru tanya fasal problem yang sama minggu lepas.
Fake virus yang menyamar sebagai antivirus.

Aku bagitau Mahadi, memang takleh bagi instruction guna phone. Kena tengok sendiri.

So, ini apa yang berlaku.

1. Komputer dia dok keluar popup antivirus dan suruh beli program tu. Nama program tu Antivirus Vista 2010

2. Kitorang masuk safe mode dan deal kot situ.

3. Delete registry (dengan regedit). Senarai registry yang perlu didelete, kitorang carik kat internet.

4. Program virus itu takleh ditutup. Dan task manager takleh dibuka. So, cari dalam internet, cara untuk edit registry supaya task manager dapat dibuka.

5. Buka task manager dan end program itu.

6. Cari fail berkaitan. Katanya fail av.exe. Tapi registry menunjukkan fail bernama ave.exe. Tapi cari fail ave.exe memang tak jumpa.

7. Aku search *.exe dan sort melalui date. Dan boleh nampak beberapa fail yang baru dimodified beberapa hari lepas. Modified = baru buat atau baru diubah.

8. Kitorang delete fail-fail berkaitan yang rasa macam fail virus, tapi sebelum tu semak dulu dalam internet dengan taip jer nama fail. Misalnya google ‘bdh.exe’, dan nampak list yang bagitau ni fail trojan. So, boleh delete dengan selamatnya. Ada juga 2 fail yang memang google tak keluar result. Rasanya virus ini cerdik sebab dia generate nama fail dengan random character.

9. Conform tak jumpa ave.exe, maka aku buat assumption yang dia dah forwardkan link ni pada nama lain.

10. Tetiba buka program tak dapat. Semua tak dapat, termasuk regedit.

11. Cari camna nak run sekurang-kurangnya command prompt sebab command prompt pun takleh bukak.

12. Terpaksa create file anyname.bat dengan satu line iaitu ‘command.com’. Buat benda ni dari laptop lain (laptop aku)

13. Dah transfer juga beberapa fail termasuk fail yang Microsoft provides. Tapi tak berjaya

14. So, main registry balik. Bukan regedit dari command prompt yang dibuat tadi. Cari dalam internet cara untuk bagi ‘program cannot be opened’ dan tukar registry.

Done.

Tempoh: Satu jam.

Konklusi: Sila update antivirus anda!

Nota: Rakan-rakan taulan yang berhampiran, kalo jadi kat komputer korang, aku boleh dibeli dengan Falafel Al Hana. Terima kasih.


7 Responses to “Dua”

  1. WaReMoN says:

    Mantap gile..nampaknya skill komputer ang dah amat advance..aku mcm pale in comparison ja..huhu..

    kwn ang tu (Andy) x begitu exposed ttg antivirus2 yg popular ka? aku rasa pakai antivirus cap payung (Avira) pun dah kira ok..camna dia bleh terfollow popup antivirus kt pc dia yg ntah dari mana dtg tu is beyond my imagination..

  2. SeMiN says:

    Hmmm..ada tak virus…yg palingggg sukar nak cleaned? :-)

  3. Kamilah says:

    I know this is off-topic but there’s a mention of “falafel” in last night’s episode of Gossip Girl! hahahahha.. okay, bye!

  4. Lutfi Amri says:

    Fariz, takdalah advance. My bro knows more, honest! Well, you should know how computer is ~ we can be interested in software, hardware, networking etc. Plus, I’ve learnt this through experience maa.

    Rosmin, ada.. virus yang menusuk jauh ke lubuk hati. Gituh!! Haha.

    Kam, XOXO. That’s the way she said goodbye aite?

  5. WaReMoN says:

    yeap2, mmg based on experience..setakat ni aku xde sebrg isu pasai virus/trojan/malware kt PC aku..sbb tu la agaknya aku mcm complacent sket, hehe

  6. Lutfi Amri says:

    Well, keep it safe.
    Once, ada virus attack pc Kak Khalidah. Virus ni mendelete suma files Words. Abis documents dia hilang

  7. WaReMoN says:

    =.=” bahaya gak tu..aku echo balik apa ang kata kt penghujung post ang..”sila update antivirus anda!” XD

Leave a Reply

See also: